Umum

Kali Pertama Membeli Kediaman Sendiri? Ikuti 8 Tip Mudah Ini Sebelum Membuat Pembelian

Kali pertama nak beli kediaman sendiri, tapi buntu dengan prosesnya?

Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil tahu agar prosesnya berjalan dengan lancar tanpa timbul sebarang masalah.

Bukan itu sahaja, pemilik juga perlu membuat kira-kira supaya pembelian rumah itu tidak menjadi beban sehingga mereka menyesali keputusan yang dibuat.

Berikut adalah perkongsian dari Nabil Zakaria, mengenai cara atau tip untuk membeli rumah pertama korang.

8 TIPS RUMAH PERTAMA

Bila masuk alam pekerjaan, kita dah mula bercongak untuk dapatkan rumah pertama.

Tambah pula bila dah berkahwin dan ada keluarga, keinginan jadi semakin kuat. Ini Nabil share 8 langkah untuk beli rumah pertama.

  1. Buat simpanan. Ini mesti ada, tak kisah la nak simpan 10% gaji, atau 30% gaji, janji ada simpanan. Walaupun nanti loan approve 100%, cash masih perlu untuk bayar legal fee, MLTT, register air & TNB dan deposit.

2. Buat anggaran kasar jumlah bayaran bulanan.

Contoh teres RM 250,000.

          RM 250,000 / 200

                 = RM1,250 sebulan.

      3. Kira DSR (Debt Service Ratio). Katakan gaji RM4,500 dan bank ambil 60%.

RM4,500 X 60%

            = RM2,700

Tolak pinjaman yang ada rekod CRISS. Hutang member tak kira. Dan tolak sekali kos sara hidup RM1,000.

– Kereta (RM500)

– Sara hidup (RM1000)

RM2,700 – RM500 – RM1000

= RM1,200 (Anggaran kemampuan rumah yang boleh dibeli berharga RM200,000)

4. Buat latihan dahulu sebelum masuk loan. Dah tahu anggaran bayaran bulanan RM1200, jadi kena mula buat latihan. WAJIB simpan dalam tabung haji setiap bulan RM1200 selama setahun tanpa skip. Kalau ada bulan yang skip, bermakna kewangan ada masalah. Jangan masuk lagi loan, setahun pun gagal, inikan pula hutang rumah 35tahun.

5. Tak hina pun menyewa. Sewa rumah, duit lebihan boleh simpan. Cuba cari duit tepi untuk tambah simpanan. Boleh mula berniaga, buat part time.

6. Kurangkan hutang. Untuk meningkatkan kadar DSR, ikat dulu nafsu berbelanja. Kalau dah nafsu macam naga gunung, tukar duit kepada goldbar atau dinar. Ingat ya, goldbar, bukan emas hiasan.

7. Boleh beli rumah dari agent REN yang ada. Nanti mereka bantu untuk view rumah, cari banker, cari lawyer, deal dengan owner lama. Ada yang berkira, tak mahu beli dari REN, katanya nanti mereka dapat komisyen. Tak perlu fikir macam tu, kita gembirakan hati orang, pasti kita pun akan dapat kebaikan.

8. Banyak berdoa, agar Allah bantu permudahkan urusan kita. Niat beli rumah untuk menyediakan kelengkapan terbaik demi keluarga, InsyaAllah, akan ada jalan yang dibuka.

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *