Resipi

Guna Kuali “Non-Stick”, Ini Cara Mudah Buat Apam Balik Sendiri Kat Rumah

Gambar: Marliza Ghazali

Masuk sahaja pasar malam, pasar pagi dan bazar, tentunya ramai yang akan menemui sejenis makanan yang dikenali sebagai Apam Balik.

Makanan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan kanak-kanak disebabkan rasanya yang manis dan mudah diterima oleh sesiapa sahaja. Apam balik lazimnya mempunyai dua jenis iaitu, apam balik rapuh dan apam balik gebu.

Apam balik rapuh lebih nipis dan tidak menggunakan tepung terlalu banyak manakala apam balik gebu pula lebih tebal, lembut dan lagi besar disebabkan menggunakan lebih banyak tepung.

Lazimnya, ramai yang lebih memilih apam balik gebu kerana, ia dapat mengenyangkan perut dengan lebih cepat.

Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongikan satu resipi oleh Marliza Ghazali iaitu resipi pembuatan apam balik gebu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat.

Resipi Apam Balik Gebu

Apam balik homemade. Permintaan anak-anak kali kedua. Alhamdulillah dari tak pandai buat dah boleh buat sendiri.

Resipi Apam Balik Nipis Rangup 

Gambar: Marliza Ghazali

Bahan-bahan 

  • ½ cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder pewarna kuning

Bahan Tabur

  • Gula Pasir 
  • Jagung Krim
  • Kacang tanah (ditumbuk kasar)
  • Marjerin
Gambar: Marliza Ghazali

Cara Penyediaan: 

  1. Blend gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan blend lagi

2. Masukkan tepung gandum, soda berkarbonat dan baking powder, blend hingga sebati

3. Panaskan kuali ‘non-stick’ atau sapukan planta sedikit pada acuan apam balik.

4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.

5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim kacang dan marjerin biarkan sekejap.

6. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.

Related posts
Resipi

Resepi Viral Puri Sambal Sardin: Mudah dan Sedap!

Puri Sambal Sardin yang menarik, siap untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi ini menjadi viral…
Read more
Resipi

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api: Alternatif Sedap dan Jimat!

Hidangan telur dadar masak lemak cili api yang pedas dan beraroma dimasak dengan santan dan…
Read more
Resipi

Kubis Gulung Kukus: Alternatif Diet Lazat dan Sihat

Sajian diet tinggi protein, disertakan dengan sos tiram dan kicap cair yang memikat. Ramai yang…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *