Global

Satu-satunya Hospital Kanser Di Gaza Rosak Dalam Serangan Udara Israel

Kredit: AFP

GAZA, 30 Okt (Bernama-WAFA) — Serangan udara tentera Israel yang sering menyasarkan kawasan sekitar Turkish-Palestinian Friendship Hospital di Gaza mengakibatkan kerosakan teruk pada hospital itu.

Pengarah hospital Dr. Subhi Sukeyk berkata pengeboman itu juga menyebabkan panik dalam kalangan pesakit dan kakitangan perubatan di kemudahan berkenaan.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), hospital itu merupakan satu-satunya hospital untuk pesakit kanser di Semenanjung Gaza.

Beberapa minggu lalu, Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan empat hospital di wilayah itu yang dikepung, lumpuh ekoran menjadi sasaran langsung serangan udara Israel, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Empat hospital itu adalah Beit Hanoun, Al-Durra, Al-Karama dan Hospital Antarabangsa Al-Oyoun.

“Hospital itu menampung jumlah pesakit yang tinggi iaitu pada kadar 150 peratus, dengan ada dalam kalangan pesakit yang terpaksa tidur di atas lantai dan koridor.

“Tiada stok ubat, barangan perubatan dan bahan api di hospital,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian itu berkata hospital tidak lagi mempunyai keupayaan perubatan dan bahan api, dan sebarang kelewatan dalam penghantaran bekalan perubatan ke hospital di Semenanjung Gaza akan menyebabkan lebih ramai pesakit yang cedera meninggal dunia.

Kementerian itu menggesa komuniti antarabangsa dan kumpulan kemanusiaan supaya menyegerakan kemasukan barangan perubatan kecemasan ke hospital di Semenanjung Gaza.

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *