Umum

Sering Batuk Dan Tekak Kering? Ini Petua Hilangkan Sakit Tekak

Gambar via Hello Doktor

Musim sekarang ini, cuaca tak menentu. Kejap panas terik, kejap hujan lebat. Keadaan cuaca yang macam ni boleh menyebabkan kita rasa sakit.

Salah satunya, sakit tekak. Bila cuaca panas sangat, kita mesti minum air sejuk untuk legakan rasa haus, kan? Tapi, itu boleh menyebabkan sakit tekak.

Sakit tekak boleh berlarutan, lagi rasa perit bila batuk kering berpanjangan. Jadi, ikuti petua hilangkan sakit tekak dari Hello Doktor ini.

Apa punca dan kesan masalah sakit tekak?

Kondisi yang sangat merungsingkan ini boleh berlaku kepada semua individu. Kebiasaannya, ia adalah akibat daripada jangkitan mikroorganisma sama ada virus atau bakteria.

Selain itu juga, ia mungkin terjadi angkara pelbagai lagi faktor risiko lain termasuk reaksi alergi, udara yang tercemar atau disebabkan oleh penyakit refluks asid perut.

Lebih membimbangkan, keadaan kesihatan ini turut merupakan simptom penyakit berbahaya yang lain termasuklah wabak COVID-19 yang masih tidak boleh diabaikan.“Walaupun wabak virus COVID-19 kini bukan lagi satu situasi kecemasan, namun ia masih tetap ancaman besar kepada golongan masyarakat yang belum boleh dipandang dengan sebelah mata,” jelas Dr Marc Lipsitch, Profesor Epidemiologi dan Pengarah Center for Communicable Disease Dynamics di Harvard T.H. Chan School of Public Health.

Sudah terang lagi bersuluh, masalah ini tentu sahaja akan menyebabkan ketidakselesaan melampau pada tekak sekali gus membuat anda sukar untuk melakukan rutin harian.

Jangan kata hendak bercakap, menelan air liur juga akan menjadi satu perkara yang susah dan sakit untuk dilakukan!

Petua hilangkan sakit tekak dengan cepat

Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, ada banyak petua hilangkan sakit tekak dengan cepat. Kadangkala, membiarkan sahaja untuk ia pulih sendiri akan makan masa.

Jika anda pergi berjumpa dengan doktor, mereka sudah tentu akan sarankan ubat sakit tekak paling berkesan seperti di bawah ini:

  • Ubatan antibiotik
  • Ubatan antiviral
  • Ubatan antiradang
  • Cecair semburan dengan agen penyejuk
  • Lozeng sakit tekak

Lazimnya, lozeng merupakan pilihan rawatan yang paling mudah, murah dan efektif. Disebabkan itu, ada lambakan pil atau gula-gula seperti ini di pasaran klinik, farmasi atau pasar raya.

Di samping itu, wujud juga pelbagai cara tradisional atau petua orang lama yang popular. Pernah dengar nasihat untuk makan aiskrim vanila setiap kali rasa tidak selesa pada tekak? Ya, ini antara tip popular.

Selain itu juga, ada banyak lagi bahan dari dapur yang dipercayai boleh jadi cara hilangkan sakit tekak kering seperti:

  • Air suam
  • Air garam
  • Akar manis
  • Bawang putih
  • Cuka epal
  • Madu
  • Pudina
  • Serbuk penaik

Pun begitu, bahan-bahan dapur di atas ini cuma boleh dijadikan cara hilangkan sakit tekak dengan cepat alternatif yang mungkin berkesan atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri.

Sakit tekak akibat udara yang terlalu kering?

Kadangkala, anda mungkin hanya fokus untuk ambil ubat atau jaga makan sebagai petua hilangkan sakit tekak dengan cepat. Sebaliknya, faktor udara di sekeliling anda telah diabaikan.

Tahukah anda bahawa udara yang terlalu kering juga adalah antara punca utama masalah ketidak selesaan pada tekak?

Jika tidak percaya, anda boleh cuba untuk tidur di dalam kamar tanpa kipas angin, pendingin atau penyaman udara. Ia sudah pasti akan membuat tekak anda sangat kering lalu sakit.

Ini adalah sama dengan situasi di mana anda kurang minum air kosong atau sebarang cecair lain sepanjang hari. Akibat daripada itu, tekak anda akan menjadi sakit gara-gara ia kering.

Tidak perlu ambil ubat atau jaga makan?

Dalam usaha untuk mencegah kekeringan yang melampau pada tekak, petua hilangkan sakit tekak dengan cepat juga wajar menitikberatkan tentang perihal kelembapan udara.

Ketahuilah bahawa memasang kipas angin, pendingin atau penyaman udara itu mungkin boleh membantu. Namun, ia tidak akan membawa kesan serupa dengan air humidifier.

Untuk pengetahuan anda semua, penggunaan air humidifier di dalam rumah terutama kamar tidur itu sangat bagus!

Selain meningkatkan lagi kelembapan bagi mengelakkan masalah tekak kering, ia juga boleh melembutkan tisu-tisu tekak dan hidung yang membengkak akibat masalah sama.

Bukan sahaja ia boleh menjadi salah satu petua hilangkan sakit tekak dengan cepat, malahan ia turut akan membantu tidur anda menjadi lebih lena tanpa perlu risau masalah pada tekak.

Pun begitu, masih ada risiko penggunaan air humidifier tidak terselenggara di mana ia boleh meningkatkan jumlah mikroorganisme yang terperangkap gara-gara udara kotor .

Konklusinya, alat ini mungkin boleh membantu namun anda perlu menerima maklumat dan nasihat daripada doktor ya?

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *