GosipGlobalHiburan

Taylor Swift Kini Bergelar Billionaire, Harta Cecah RM 5.36 Bilion

Gambar: IG Taylor Swift

Penyanyi terkemuka dunia, Taylor Swift kini bergelar seorang billionaire apabila dianggarkan memiliki kekayaan melebihi $1 bilion (RM4.78 bilion).

Menurut Sky News yang memetik laporan Bloomberg, bintang berkenaan mencapai status tersebut diatas beberapa kejayaan positif yang dicatatkan sejak beberapa tahun ini.

Antara jualan menerusi album-album direkod semula, bayaran diterima melalui konsert jelajah dunia Era dan konsert-filem yang menguntungkan.

Bloomberg dalam analisisnya berkata, artis berusia 33 tahun itu ketika ini dianggarkan memiliki kekayaan sekitar $1.1 bilion (RM5.26 bilion).

Sejak 2019, beliau memperoleh pendapatan sebanyak $400 juta (RM1.91 bilion) menerusi aktiviti muziknya. Manakala menerusi hasil jualan tiket dan barangan konsert pula, penyanyi itu mengutip kira-kira $370 juta (RM1.67 bilion).

Taylor Swift juga menjana pendapatan menerusi platform penstriman seperti Sportify dan Youtube, dimana beliau memperoleh kira-kira $120 juta (RM573.42 juta).

Beliau turut menerima bayaran royalti daripada jualan muzik kira-kira $80 juta (RM382.28 juta). Taylor Swift juga mempunya lima hartanah yang dianggarkan bernilai kira-kira $110 juta (RM525.63 juta).

Bloomberg menggambarkan Taylor Swift sebagai sebuah konglomerat multinasional dengan pangkalan pelanggan yang paling setia di dunia.

Manakala penyanyi itu diibaratkan sebagai CEO yang paling berkarisma dan memiliki kuasa ekonomi yang besar dalam konglomerat tersebut.

Malah, portal berita itu juga tidak menolak Taylor Swift mungkin memiliki kekayaan jauh lebih tinggi daripada apa yang dianggarkan.

Hal ini kerana, analisis yang dibuat ketika ini hanya berpandukan kepada aset dan pendapatan yang boleh ditemui dalam rekod awam semata-mata.

Untuk makluman, bintang pop tersebut melalui beberapa tahun yang prolifik kebelakangan ini di sepanjang kariernya yang sudahpun berusia dua dekad.

Menerusi Konsert Jelajah Era, penyanyi itu membuat persembahan di 5 benua meliputi 146 tarikh yang berbeza. Setiap konsert berdurasi 3 jam dimana beliau menyanyikan lagu-lagu popular daripada 10 albumnya.

Wall Street Journal menjangkakan Konsert Jelajah Era berpontensi menjadi konsert jelajah terbesar dalam sejarah dan mampu menjana pendapatan lebih daripada $1 bilion (RM4.78 bilion).

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *