VideoTips

Tukar Warna Lampu, Abang Ni Kongsi Tip Nak Basmi Masalah Cicak Dekat Dalam Rumah

Kredit TikTok/@ajpestcontrol

Haiwan perosak seperti lipas, cicak, tikus, anai-anai dan lain-lain lagi sangat merbahaya dan boleh mengundang pelbagai masalah.

Haiwan perosak seperti tikus dan lipas boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan manakala anai-anai pula boleh menyebabkan kerosakan pada struktur bangunan.

Bagi cicak pula ia boleh menyebabkan pemilik rumah atau bangunan tidak selesa akibat daripada sisa buangan yang merata-rata.

Justeru, ramai yang mula bertanya soalan berkenaan cara untuk membasmi cicak agar tidak masuk dan mengotorkan rumah.

Untuk menjawab persoalan itu, pakar haiwan perosak ini ada tip yang boleh diguna pakai oleh orang ramai untuk membasmi masalah cicak tersebut.

Oleh itu mari kita ikuti perkongsian daripada lelaki ini berkenaan tip membasmi cicak tersebut.

Perkongsian tip membasmi cicak itu telah dilakukan oleh lelaki tersebut menerusi hantaran muat naik video di TikTok @ajpestcontrol miliknya.

Kerap bersihkan sawang di rumah

Menurutnya, tip pertama adalah kerap bersihkan sawang di dalam rumah kita. Ini kerana kalau rumah kita ada banyak sawang, ia bermakna rumah kita mempunyai banyak serangga.

“Bila kita selalu bersihkan sawang, nanti serangga yang terperangkap pada sawang pun akan kurang. Secara tak langsung cicak pun akan kurang bermain dekat kawasan yang ada banyak sawang tu,” kata lelaki tersebut.

Seperti semua ketahui, serangga adalah sumber makanan utama bagi cicak. Jika sumber makanan ini dapat dikurangkan maka kehadiran cicak juga akan berkurang.

Tukar warna lampu kepada ‘warm white’

Tip yang kedua adalah dengan menukar warna lampu di rumah kita di bahagian dalam mahupun luar rumah.

“Rumah kita selalu guna lampu yang warna putih tu kan? Lampu putih ni selalunya akan menarik serangga pada waktu malam. Sebab tu cicak pun suka lepak dekat kawasan lampu tu,” tambahnya lagi.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menukar lampu putih tadi kepada lampu ‘warm white’. Lampu jenis ini berwarna kuning malap dan tidak akan menarik serangga yang banyak.

Gunakan gam perangkap serangga

Tip yang seterusnya adalah menggunakan insect glue trap, di mana ia dikatakan sangat berkesan untuk memerangkap cicak di kediaman anda.

“Pengguna insect glue trap ini memang sangat berkesan untuk masalah cicak ni. Beli je dekat mana-mana pasar raya,” terang lelaki itu lagi.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menampal perangkap ini di tempat yang anda selalu nampak terdapat banyak cicak.

Panggil pest control

Tip yang keempat adalah dengan memanggil ‘pest control’ atau pakar pengawal haiwan perosak yang bertauliah untuk mengatasi masalah ini.

“Setiap bulan pest control akan datang dan sembur untuk masalah serangga dekat rumah kita. Bila serangga berkurang, maka cicak pun akan lari ke tempat lain untuk meneruskan kelangsungan hidup dia,” jelas lelaki itu lagi berkenaan tip keempat.

Diharap dengan perkongsian ini para pembaca dapat mempelajari bagaimana cara untuk mengatasi masalah untuk membasmi masalah cicak ini.

Related posts
Tips

7 Jenis Ikan Yang Perlu Dielak Untuk Kesihatan Jangka Panjang

Ternyata, terdapat 7 jenis ikan yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan dalam jangka panjang.
Read more
AgamaTipsUmum

Cara Tentukan Arah Kiblat Guna Bayang Matahari

Sudah menjadi lumrah untuk umat Islam mencari arahkiblatyang betul sekiranya berpindah…
Read more
VideoTips

Bekas Berminyak? Ini Cara Hilangkan Kesan Minyak!

Gambar: RASA via TikTok Setiap kali anda masak sesuatu dan letakkan ke dalam bekas plastik, ia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *