ViralGlobalTeknologi

China Pasang Lampu Laser Berwarna-Warni Dekat “Highway”, Nak Cegah Pemandu Mengantuk

Sebuah video lampu laser dipasang untuk mengelakkan pemandu mengantuk di lebuh raya China tular di media sosial.

Memetik NDTV, lampu laser itu dilaporkan adalah sebahagian usaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengelakkan kemalangan di China.

Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan lampu terang berkelip di lebuh raya ketika orang ramai sedang memandu kereta mereka.

Video perkongsian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman X yang bernama Science Girl.

“Laser digunakan untuk menghalang pemandu daripada tertidur di lebuh raya China,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.

Dalam hantaran yang berlainan, dia menambah bahawa video itu telah diambil di Lebuhraya Qingdao-Yinchuan, di mana ia direka untuk ‘mencegah keletihan’ pemandu.

Kredit X

“Sebuah video yang dirakam di Lebuhraya Qingdao-Yinchuan memaparkan lampu laser yang terang.

“Encik Li, orang di belakang kamera, melaporkan bahawa lampu laser ini direka untuk memerangi keletihan dan menyegarkan dia serta mengurangkan keletihan semasa pemanduan waktu malam yang panjang,” tulis laman itu lagi.

Menerusi video muat naik tersebut, lampu laser itu dipancarkan dengan pelbagai warna yang berbeza. Sesekali ia terlihat seperti pancaran lampu laser pelangi yang menerangi langit malam.

Kredit X

Sejak video itu dimuat naik pada 6 November lalu, ia telah ditonton melebihi 66.6 juta tontonan di seluruh dunia.

Muat naik video itu turut dihujani dengan pelbagai komen oleh netizen berkenaan penggunaan lampu laser tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Pertunjukan laser yang bagus. Hiburan lebuh raya pada waktu malam,” tulis seorang netizen.

“Saya akan memandu lebih laju memikirkan saya berada di Rainbow Road,” tulis seorang netizen yang melihat kepelbagaian warna lampu laser tersebut.

Selain itu, sesetengah pengguna juga berpendapat bahawa penggunaan lampu laser itu mungkin bukan idea yang terbaik untuk dilakukan.

“Ia mengelirukan. Saya memandu secara manual sepanjang hidup saya dan itu akan menyebabkan lebih banyak kemalangan daripada apa yang mereka cuba selesaikan,” tulis seorang netizen yang berpendapat idea itu bukan yang terbaik.

“Idea siapa yang genius mahu membutakan pemandu? Tahniah, mereka yang tidak mengantuk kini menjadi bingung,” tulis seorang lagi netizen.

Sumber: NDTV, X/ Science Girl

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *