UmumViral

Cameron Highlands Mendunia, Diiktiraf Antara 51 Tempat Tercantik Di Dunia

Kredit: Astro Awani

Malaysia antara negara bertuah yang dikurniakan dengan pelbagai keindahan alam yang bukan sahaja menjadi tumpuan warga tempatan, malah turut menjadi destinasi pelancongan utama dunia.

Maka tak hairanlah, CN Travel baru-baru ini mengiktiraf kawasan pelancongan tanah tinggi negara, Cameron Highland sebagai salah satu daripada 51 destinasi tercantik di dunia.

Senarai berkenaan diterbitkan oleh CN Travel pada 31 Oktober lepas.

“Agak sukar untuk memilih hanya satu tempat yang indah jika mengambil kira kepelbagaian diversiti yang ada di Malaysia.

“Namun begitu, (jika perlu membuat pilihan) Cameron Highland mungkin adalah pemenangnya,” kata CN Travel.

Tempat tarikan pelancong ini terletak di negeri Pahang dengan keluasan kira-kira 275.4 kilometer per segi.

“Di kawasan tanah tinggi ini, anda boleh menemui ladang teh terbesar di Malaysia. Landskap dengan bukit-bukau berwarna hijau yang menenangkan,” kata CN Travel.

Selain daripada teh dan suhu yang dingin, pengunjung juga boleh mengunjungi taman rama-rama dan ladang-ladang strawberi yang ikonik.

Dalam senarai tersebut, Cameron Highlands bukanlah satu-satunya wakil tunggal dari rantau Asia. Palawan dari Filipina dan Arashiyama Bamboo Grove di Japan antara destinas Asia yang turut tersenarai.

Selain itu, CN Travel turut mengiktiraf beberapa destinasi pelancongan lain sebagai yang tercantik di dunia yang merentasi pelbagai landskap alam.

Antaranya adalah kawasan hutan hujan tropika terkemuka di dunia, iaitu Hutan Hujan Amazon di Amerika Selatan.

CN Travel turut meletakan Angels Fall di Venuzuela, Antartika, Avenue of the Baobabs di Madagascar dan Cappadocia di Turkey dalam senarai awalnya.

Terletak pada ketinggian 1,500 meter

Cameron Higland adalah sebuah pekan yang terletak pada ketinggian 1,500 meter di celah-celah kawasan pergunungan di Pahang.

Pekan ini merupakan antara kawasan pelancongan utama di Malaysia yang bukan sahaja menawarkan keindahan panorama yang luar biasa, malah suhu dinginnya turut menjadi subjek utama tumpuan pelancong.

Cameron Highland juga begitu terkenal dengan strawberi, teh dan sayur-sayuran segar yang boleh dibeli di pasar-pasar yang dibuka di sepanjang jalan pekan ini.

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *