GlobalHiburanViral

John Wick Bakal Muncul Dalam Versi Anime Bersiri, Kini Dalam Pembikinan

Gambar: John Wick UK

Salah sebuah francais filem terkemuka daripada Hollywood, John Wick bakal muncul dalam versi anime bersiri selepas ini.

Menurut laporan Screen Rant, pengarah siri filem berkenaan, Chad Stahelski berkata, kerja-kerja penghasilan siri anime berkenaan sudahpun berjalan.

Chad turut berkongsi keterujaan terhadap siri-siri anime Jepun dan berkata ia adalah kunci utama kepada penghasilan John Wick versi anime.

Katanya lagi, siri anime bakal menjanjikan pengembangan jalan cerita tanpa batas dan akan menampilkan elemen-elemen yang tidak dapat diterjemahkan sebelum ini.

John Wick versi anime bakal menemui penonton

Format anime juga akan menyaksikan aksi pertarungan yang sarat dalam filem berkenaan dapat dipersembahkan tanpa sebarang kekangan, terutamanya daripada segi kreativiti.

Selain siri anime, satu lagi siri tv spin-off John Wick tetapi berbeza daripada The Continental juga akan dihasilkan selepas ini.

Menurut laporan IGN pula, siri anime berkenaan berkemungkinan digarap berdasarkan keempat-empat filem John Wick. Manakala satu lagi siri spin-off itu bakal meneroka kisah disebalik The Hight Table.

Selain itu, siri spin-off itu juga berpotensi untuk meneroka watak-watak lain dalam filem John Wick 4.

“Saya suka dengan watak yang dibawa oleh Donnie Yen, Rina Sawayama dan Shamier Anderson. Jadi, siri tv memberi peluang kepada kita untuk meneroka watak-watak ini, tanpa perlu meletakkan fokus keterlaluan pada watak utama, John Wick.

Satu lagi siri tv spin-off John Wick juga akan diterbitkan

“Format siri tv lebih sesuai untuk itu dan penonton dengan mudah dapat memahami latar belakang yang hendak disampaikan”, kata Chad.

John Wick merupakan sebuah filem aksi thriller yang mengisahkan seorang bekas pembunuh upahan yang terpaksa kembali ke dunia jenayah yang ditinggalkannya.

Setakat ini, terdapat empat filem John Wick yang diterbitkan iaitu John Wick (2014), John Wick Chapter 2 (2017), John Wick Chapter 3 – Parabellum (2019) dan John Wick Chapter 4 (2023).

John Wick Chapter 5 juga bakal diterbitkan selepas ini, namun begitu filem itu masih berada diperingkat pembangunan awal.

Menurut IGN, setakat ini pasukan dibelakang tabir John Wick masih membincangkan aspek penceritaan yang mahu dikembangkan sebagai sambungan kepada Chapter 4.

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *