K-POPViral

Impak Lisa BLACKPINK, Hidangan ‘Nasi Bujang’ Alami Peningkatan Jualan Di Thailand

Lisa sekali lagi telah membuktikan popularitinya.

Pada 16 November lalu, Lisa BLACKPINK telah berkongsi resepi makanan Thailand kegemarannya iaitu ‘Khai Jiao’ ataupun telur dadar versi Thailand, ketika ditemu bual oleh Spotify.

Berikutan dengan temubual tersebut, hidangan itu telah menjadi trend di laman media sosial Thai. Malah, akhbar berita Thai juga melaporkan bahawa hidangan tersebut telah mengalami peningkatan jualan

lisa

Mereka berkata,

Menu telur dadar dan nasi itu telah laris dijual selepas Lisa berkongsi resepinya. Malah, kedai serta gerai yang menjual menu tersebut juga penuh dengan peminat.

Tidak berhenti disitu, seorang peniaga juga telah menyatakan bahawa Lisa telah menyebabkan jualan hariannya meningkat.

Katanya,

Sebelum ini saya hanya jual 6 butir telur sahaja sehari, dan saya kerja seorang diri. Tapi, lepas video Lisa tular, ramai orang datang gerai saya untuk makan hidangan tersebut sampai saya kena upah pekerja dan beli banyak bahan mentah.

Peniaga itu juga menyatakan bahawa dia amat bersyukur dengan ahli BLACKPINK tersebut dan menjemput Lisa untuk makan secara percuma di gerainya.

Wow! korang dah pernah rasa ke hidangan ‘Khai jiao’ ni?

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
K-POPHiburan

MOMEN HAEL HUSAINI BERSAMA JUNHO CETUS SPEKULASI MELIBATKAN DAYANG NURFAIZAH

Satu rakaman Hael Husaini bersama bintang Korea Selatan, Junho, mencuri perhatian selepas…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *