Umum

Dr Noor Hisham Akan Saman Syarikat Minuman Herba

PETALING JAYA: Bekas ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menuduh sebuah syarikat menjual herba tradisional Cina mengamalkan “pemasaran tidak bertanggungjawab” apabila menggunakan nama dan gambar beliau untuk mempromosikan produk mereka.

Noor Hisham berkata beliau kemungkinan akan menyaman syarikat kesihatan tersebut. Dalam satu hantaran di media sosial X, Noor Hisham memuat naik gambar keratan akhbar yang memaparkan gambar beliau dan dikaitkan dengan satu artikel berkaitan kebaikan teh herba.

Menganggap perbuatan itu sebagai memalukan, Noor Hisham berkata, beliau “tiada pilihan selain mengheret syarikat itu ke mahkamah”.

“Berapa jumlah pampasan saya harus tuntut daripada syarikat ini?. Sekiranya menang, sekurangnya saya boleh kongsikan wang itu kepada NGO,” katanya.

Noor Hisham terkenal selepas menjadi jurucakap kerajaan ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Apabila seorang pengikutnya di laman sosial berkata artikel itu berdasarkan ucapan yang dibuat beliau ketika pandemik, Noor Hisham menegaskan: “Ianya sesuatu yang mengelirukan apabila mengaitkan (ucapan beliau) dengan produk yang dijual syarikat itu”.

Sumber: Berita Harian

Related posts
Umum

CENDERAHATI RESEPSI SYED SADDIQ DAN BELLA DITAWARKAN RM350, NETIZEN BERI PELBAGAI REAKSI

Cenderahati yang didakwa daripada majlis perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah menjadi…
Read more
Umum

TAHU RANCANGAN NIKAH BASS SEJAK SYAWAL, PENGASAS HIJABISTA HUB PILIH SIMPAN RAHSIA

Pengasas Hijabista Hub, Wanie Elena, bersama suaminya, Syafiq Hilmi, mendedahkan mereka mengetahui…
Read more
Umum

WANITA PELAWA NORA DANISH JADI MADU, AKTRES DOAKAN SUAMINYA KEKAL SETIA

Aktres Nora Danish berkongsi mesej peribadi daripada seorang wanita yang mempelawanya menjadi isteri…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *