
Dua hari lepas, peminat tempatan berpeluang menghadiri konsert band asal British, Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Konsert yang berlangsung bermula 8.30 malam tersebut telah dihadiri kira-kira 75,000 peminat yang membanjiri lokasi berkenaan sejak awal pagi.
Untuk makluman, band yang diasaskan di University College London sering tampil dengan pelbagai kejutan kepada peminatnya dalam konsert yang dianjurkan.
Kejutan yang diberikan biasanya menyuntik elemen tempatan, yang sudah semestinya dapat membuatkan pengunjung merasa dekat dengan band tersebut.
Ketika konsert tersebut sedang berlangsung pada malam tadi, langit Kuala Lumpur telah ditemani dengan awan-awan yang membawa titisan air hujan.
Perkara ini bukanlah satu perkara yang ganjil bagi Malaysia yang kerap ditimpa hujan, khususnya ketika musim tengkujuh yang berlaku pada hujung tahun.
Melihat keadaan tersebut, vokalis Coldplay, Chris Martin telah menyanyikan lagu untuk menggambarkan keadaan hujan di Malaysia.
Video lagu tersebut telah dikongsi di laman X, menerusi akaun pengguna @pelisahh yang turut tampil meletakkan lirik lagu tersebut pada ciapannya.
Difahamkan, lagu tersebut dicipta secara spontan dan menyatakan perasaan nostalgia penyanyi apabila melihat titisan hujan di sana.
“But there’s nothing quite as beautiful as the Malaysian rain (Tetapi tiada benda yang seindah seperti hujan di Malaysia),
“I love to stand in Malaysian rain (Saya suka berdiri dalam hujan di Malaysia,” antara bait-bait lirik dalam lagu tersebut).
Coldplay- Malaysia Rain:
I’ve been to Europe I have been to Spain
But there’s nothing quite as beautiful as the Malaysian rain
Whenever I’m down Whenever I’m in pain
I love to stand in Malaysian rain
Whenever I feel like I shouldn’t have been born
I stand in the rain and it…
Bukan itu sahaja, Chris berkata bahawa beliau akan menceritakan keindahan hujan di Malaysia seusai pulang ke tanah airnya menerusi rangkap akhir dalam lagu tersebut.
Abang Chris sempat ‘payung’ pantun tomyam ikonik buat para peminat di Malaysia
Selain lagu hujan ciptaan spontan, kumpulan tersebut turut mencuba untuk menyampaikan serangkap pantun khas untuk rakyat Malaysia.
“Pergi kedai membeli sayur, masak tomyam bersama bonda, Coldplay sekarang di Kuala Lumpur, payung lagu favourite anda,” katanya.
Secara keseluruhannya, konsert berkenaan berjalan dengan sangat lancar dan meraih pujian daripada pengunjung yang hadir di sana.
Penyampai lagu hit Hymn for the Weekend itu bukan sahaja berjaya mengambil hati penonton, mereka turut menyajikan persembahan yang berkelas antarabangsa.
Sumber: pelisahh via X