Trivia

Setiap Tahun Ada, Ketahui Apa Itu ‘Black Friday’

Apabila menjelang akhir tahun, hampir semua jenama dan kedai mula melakukan jualan penghabisan stok dengan diskaun hampir sebanyak 70 peratus.

Orang ramai menyifatkan ia adalah waktu yang sesuai untuk membeli-belah barangan dalam kuantiti banyak selain membeli barangan yang telah lama diimpikan dengan harga yang lebih murah.

Kebiasaannya, pusat beli-belah di negara ini menggunakan perkataan ‘jualan akhir tahun’ sebagai langkah untuk menarik perhatian pembeli.

Namun terdapat satu lagi ayat yang mampu membuatkan mereka yang gemar membeli-belah tidak akan senang duduk kerana pemberian diskaun yang banyak dari biasa, iaitu Black Friday.

Walaupun Black Friday berasal dari Amerika Syarikat (US) ia juga telah mendapat populariti di negara lain, yang membawa kepada fenomena beli-belah global.

Apa dan bila berlaku Black Friday ini?

Kalau nak tahu, penggunaan Black Friday ini amat sinonim dengan masyarakat US dan ia juga telah digunakan pada kebanyakan jenama dan kedai di Malaysia.

Seperti yang dikatakan tadi, Black Friday ialah hari selepas berlakunya Hari Kesyukuran (Thanksgiving) di US yang sering dianggap sebagai permulaan untuk musim membeli-belah percutian.

Kredit: AFP

Ia menjadi terkenal kerana Black Friday menawarkan penjimatan wang terhad dan diskaun yang banyak sekali gus menjadi salah satu hari membeli-belah yang sibuk dalam setahun.

Pada tahun ini, Black Friday akan disambut pada 24 November 2023 dan pada tahun hadapan pula ia akan bermula pada 29 November.

Nama Black Friday juga digunakan untuk merujuk kepada tarikh berlaku panik dalam kewangan negara US pada 24 September 1869.

Istilah Black Friday ini pada asalnya merujuk kepada konsep perniagaan yang sedang beralih kepada beroperasi dengan kerugian atau ‘in the red’ kepada berada dalam keadaan untung.

Hari demi hari, Black Friday secara tidak langsung telah berkembang menjadi cara membeli-belah utama di mana pembukaan waktu kedai telah dipanjangkan, promosi meluas secara fizikal dan dalam talian telah dijalankan.

Kenapa ada jualan Black Friday?

Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana Black Friday boleh dijadikan sebagai acara tahunan.

Sebenarnya, ia dilaksanakan atas beberapa sebab dan antara sebab penting ialah jualan Black Friday telah dijadikan sebagai pemula membeli-belah pada musim cuti dengan diskaun yang menarik.

Ia dijadikan sebagai tanda permulaan membeli-belah yang penting apabila peruncit menjangkakan keuntungan besar daripada jualan tahunan mereka.

Kredit: AFP

Susulan itu, kita boleh melihat banyak jenama dan kedai mula melakukan tawaran promosi besar-besaran untuk menarik pelanggan dan merangsang orang ramai untuk membeli-belah pada musim cuti yang bertujuan untuk meningkatkan jualan mereka.

Ia memberi keuntungan pada pihak penjual di mana mereka berpeluang untuk membersihkan inventori lama atau lebihan dengan menawarkan diskaun dan memberi ruang untuk barangan baharu.

Ekoran ramai jenama atau kedai yang mula mengambil bahagian dalam Black Friday, ia telah menjadi pasaran yang sangat kompetitif di mana kedai menyasarkan untuk mengatasi satu sama lain dengan menawarkan harga yang lebih baik.

Black Friday mampu membuatkan penggemar membeli-belah menjadi tidak keruan di mana rata-rata mereka akan mula berpusu-pusu ke kedai untuk membeli selain menapak lebih awal ke kiosk berhampiran.

Sumber: DictionaryNDTV

Related posts
Trivia

Si Comel Kegemaran Ramai, Ini Fakta Menarik Memerang

Gambar via Wikipedia Kebanyakan warganet memang menyukai haiwan-haiwan yang comel seperti kucing…
Read more
TriviaViral

Penghijrahan Cacing Di Permukaan Tanah Normal, Tindak Balas Terhadap Alam Sekitar - Pakar

Kredit: AFP Kemunculan cacing di permukaan tanah yang dikesan di Kampung Merang dekat sini…
Read more
TriviaViral

Selalu Tumbuh Di Kawasan Semak, Inilah Khasiat Belimbing Tanah

Gambar via Abang Salai Kebanyakan orang ramai yang mengenali buah belimbing. Ia antara buah yang…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *