
Gara-gara berang, seorang wanita di India sanggup menggigit telinga kanan suaminya dengan sekuat hati hingga putus selepas bertikam lidah sesama mereka. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di luar daerah Sultanpuri di New Delhi di India pada Ahad lepas.
Polis berkata bahawa pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 20 November lalu daripada sebuah hospital dan satu pasukan dihantar untuk menyiasat serangan tersebut.
Difahamkan, segalanya bermula apabila mangsa berusia 45 tahun memberitahu polis bahawa bahagian atas telinga kanannya terputus akibat gigitan dan dia terpaksa menjalani pembedahan.”Saya pergi membuang sampah di luar rumah sekitar jam 9.20 pagi pada 20 November lalu. Saya meminta isteri membersihkan rumah.“Tidak lama selepas pulang ke rumah, isteri saya mula bergaduh dengan saya kerana isu yang tidak diketahui,” kata mangsa kepada polis.
Ekoran itu, mangsa telah membuat laporan polis terhadap isterinya selepas menerima rawatan di pusat kesihatan.Semasa pertengkaran berlaku, mangsa memaklumkan bahawa isterinya memintanya menjual rumah itu dan memberikan bahagiannya supaya dia dapat tinggal berasingan dengan anak-anak.“Saya cuba membuatkan dia faham, tetapi pertengkaran mulut berlaku.
Malah dia cuba memukul saya, tetapi saya menolaknya.”Saya sedang berjalan keluar dari rumah apabila dia menahan saya dari belakang dan dalam keadaan marah menggigit telinga kanan hingga putus. “Anak saya membawa saya ke Hospital Sanjay Gandhi di Mangolpuri untuk mendapatkan rawatan,” kata mangsa kepada polis dan menambah bahawa dia perlu menjalani pembedahan di Jaipur Hospital Emas di Rohini.
Sementara itu menurut polis, pihaknya telah mendaftarkan laporan maklumat pertama (FIR) terhadap wanita tersebut mengikut Seksyen 324 (secara sukarela menyebabkan kecederaan dengan senjata atau cara berbahaya) Kanun Keseksaan India (IPC).”Mangsa berada dalam keadaan tidak sihat untuk memberikan keterangan, namun telah hadir ke balai polis untuk memberikan keterangannya.“Pada 22 November lepas, dia menghubungi polis dan memberikan aduan bertulis. Kami telah mendaftar FIR dalam perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” kata seorang pegawai kanan polis.
Sumber: Decan Herald