Tips

Nak “View” Cantik, Cek Dekat Laman Web Ni Dulu Sebelum Beli Tiket Konsert Dekat SBNJ

Kredit TikTok/@afrieirham

Bagi peminat konsert, proses membeli tiket pasti akan menjadi sesuatu perkara yang tidak menyenangkan dan leceh untuk dilakukan.

Terutamanya, jika konsert tersebut melibatkan artis antarabangsa dan tempat duduk pula adalah terhad. Pasti aktiviti menunggu di depan komputer riba akan menjadi rutin paling sibuk sehinggalah tiket berjaya dibelik, kan?

Selain masalah tiket, anda juga mungkin berdepan dengan situasi sukar untuk menentukan “seat” mana yang paling sesuai dan memberikan pemandangan terbaik ketika konsert belangsung.

Kebiasannya, untuk konsert mega, pentas utama akan berada jauh daripada tempat duduk penonton. Ruang-ruang yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengisi penonton.

Misalnya konsert-konsert yang diadakan di dalam stadium utama seperti Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun begitu, kini anda sebagai peminat konsert tidak perlu lagi risau dengan masalah kecewa dengan pemandangan dan tempat duduk.

Ini kerana seorang lelaki yang dikenali sebagai Afrie Irham telah membangunkan satu laman sesawang untuk melihat kedudukan tempat duduk di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil.

Laman sesawang yang dinamakan sebagai BukitJalilStadium.com itu dibina bagi memudahkan penonton untuk melihat pemandangan awal dari tempat duduk ketika di dalam stadium.

Bukan sahaja untuk konsert, malah ia juga boleh dilakukan ketika mahu membeli tiket untuk menonton bola di stadium berkenaan.

Menerusi perkongsian Afrie di akaun TikTok @afrieirham, beliau juga sempat menunjukkan cara untuk melihat kedudukan tempat duduk tersebut.

Gambar sudut pandang lokasi dari tempat duduk dipaparkan

Laman sesawang itu juga turut memaparkan gambar dari sudut pandangan lokasi tempat duduk yang dipilih oleh pengguna atau penonton. Sudut pandangan itu melibatkan sekeliling dan aras stadium tersebut.

Bagaimanapun, menurut Afrie kedudukan itu tidak dapat dibuat di semua arah dan setiap aras kerana kekurangan masa dan tenaga ketika itu.

Katanya, proses itu telah dilakukan sebelum bermulanya perlawanan bola sepak antara Harimau Malaya menentang Krygyztan baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga berharap agar dapat bekerjasama dengan pihak stadium untuk melakukan proses mengambil gambar sudut pandangan itu dari setiap arah.

“Kalau kita boleh buat official collabration dengan pihak stadium lagi best sebenarnya. Sebab aku ada banyak lagi idea lain, mungkin 360view ke boleh tengok kiri kanan atas bawah. Aku harap bolehlah sampai ke pihak atasan.

“Tapi kalau tak sampai pun tak apa. Ini satu projek yang sangat seronok untuk aku buat,” katanya di akhir video perkongsian tersebut.

Semoga usaha Afrie ini dapat perhatian pihak atasan dan seterusnya dapat bekerjasama untuk menyiapkan projek yang menarik dan berguna tersebut.

Related posts
Tips

7 Jenis Ikan Yang Perlu Dielak Untuk Kesihatan Jangka Panjang

Ternyata, terdapat 7 jenis ikan yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan dalam jangka panjang.
Read more
AgamaTipsUmum

Cara Tentukan Arah Kiblat Guna Bayang Matahari

Sudah menjadi lumrah untuk umat Islam mencari arahkiblatyang betul sekiranya berpindah…
Read more
VideoTips

Bekas Berminyak? Ini Cara Hilangkan Kesan Minyak!

Gambar: RASA via TikTok Setiap kali anda masak sesuatu dan letakkan ke dalam bekas plastik, ia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *