ViralGlobal

Tarikan Terkenal ‘Elephant Trunk Rock’ Taiwan Runtuh

Gambar via CNN

Sebuah tarikan terkenal di Taiwan yang dikenali sebagai Elephant Trunk Rock, sudah tiada lagi kerana ia telah runtuh. Menurut Pejabat Daerah Ruifang New Taipei, batu itu telah runtuh ke dalam laut pada 15 Disember baru-baru ini.

Batu yang telah mendapat namanya kerana bentuknya yang menyerupai belalai gajah itu telah lama mengalami risiko penghakisan. Oleh itu, para pengunjung telah dilarang daripada memasuki kawasan itu sejak tahun 2010.

Seorang profesor di Jabatan Geosains di Universiti Nasional Taiwan, iaitu Shen Chuan-chou telah memberitahu Agensi Berita Utama Taiwan yang rasmi bahawa keruntuhan itu merupakan sesuatu yang amat natural untuk berlaku.

Ini kerana, batu itu sering terdedah kepada air laut dan angin. Ia juga mempunyai lengkungan yang nipis yang memudahkan ia untuk terhakis.

Elephant Trunk Rock ini terletak di sebidang tanah yang dipanggil Shen’ao, kira-kira 10kilometer (enam batu) daripada kawasan pelancongan popular di Jiufen, Taiwan.

Queen’s Head Rock

Selain daripada batu itu, terdapat juga tarikan semula jadi di Taiwan yang turut dibimbangi oleh ahli geologi. Batu itu dipanggil The Queen’s Head. Ia mendapat namanya kerana bentuknya yang menyerupai patung Ratu Elizabeth dengan leher yang panjang.

Batu itu terletak di Yehliu Geopark dan ia juga mempunyai risiko untuk runtuh. Menurut Agensi Berita Utama Taiwan yang rasmi, kini lilitan Queen’s Head lebih rendah daripada 120 sentimeter dan bahagian yang kelihatan seperti leher panjang itu menjadi semakin nipis setiap tahun.

Sebelum ini, Pulau Gozo di Malta juga menghadapi situasi yang sama seperti Elephant Trunk Rock dan Queen’s Head Rock ini. Batu kapurnya yang terkenal, iaitu Azure Window yang telah menjadi sebuah set bagi Game of Thrones, telah runtuh ke dalam lautan pada tahun 2017.

Dua tahun selepas keruntuhan Azure Window ini, Malta telah mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membina sebuah gerbang keluli di tempat di mana Azure Window pernah berada. Namun, projek itu masih belum dibina lagi.

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *