VideoHiburan

Intan Najuwa Dilayan Seperti Seorang Puteri, Suami Bawa Dua Trak Kuda Di New Zealand – ‘Bestnya Kaya Unlimited’

Video percutian aktres, Datin Intan Najuwa bersama suami, Datuk Ahmad Asraf Azman mencuri perhatian warganet sekaligus menjadi bualan hangat di media sosial

Menerusi hantaran di TikTok, Intan dan suami kini sedang menikmati percutian di New Zealand. Apa yang luar biasa apabila Intan mendedahkan suaminya membawa dua buah trak kuda ke sebuah pantai yang terletak di New Zealand.

Akui pelakon berumur 27 tahun, dia sangat gembira apabila dapat menunggang kuda dan bermain polo di pantai.

Suami saya membawakan dua buah trak kuda hanya untuk ditunggang dan bermain polo di pantai.

Perkara itu adalah gila tetapi menakjubkan. Saya sangat seronok.

Duit boleh beli kegembiraan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan pelakon drama Setelah Ku Dimiliki sangat bertuah kerana hidup dalam kemewahan.

Selain itu, warganet menyifatkan ini adalah impian golongan isteri mendapat layanan istimewa daripada suami.

Sebelum ini, suami Intan telah menghadiahkan seekor kuda berwarna putih, Trulala sempena ulang tahun kelahirannya ke-26.

Terdahulu, Intan selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berkenaan pada 24 Ogos tahun lalu.

Intan menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan wang hantaran bernilai RM222,000.

@intannajuwaaa

My husband got us 2 trucks of horses just for ride & play polo by the beach. This is insane but amazing. I had a lot fun! ??

♬ Night Trouble – Petit Biscuit
Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *