Hiburan

Kaka Azraff Yakin Melangkah Sendiri dalam Bidang Karier Seni Vokal, Rezeki Tetap Mengalir

Episod hitam selepas ditamatkan kontrak oleh syarikat rakaman pada tahun lalu tidak menjadi penghalang buat penyanyi Kaka Azraff meneruskan karier nyanyiannya.

Menurut Kaka, dia sudah ‘move on’ dan bergerak sendiri. Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff memberitahu pada awalnya dia kurang keyakinan diri, namun semangatnya melonjak apabila mendapat sokongan positif daripada pelbagai pihak.

Alhamdulillah, sekarang saya semakin yakin untuk bergerak sendiri dalam karier nyanyian walaupun tidak lagi dinaungi syarikat rakaman dan rezeki tawaran menyanyi pun tidak putus diterima.

Saya juga mendapat banyak peluang untuk meluaskan karier seni sejak bergerak sendiri, antaranya merancang untuk menerbitkan album penuh kerana selama 12 tahun tahun dalam industri, saya masih belum ada album.

Disoal mengenai sejauh mana ibu saudaranya, Ella memberi sokongan selepas apa yang berlaku, Kaka berkata, ratu rock itu sangat menyokong tindakannya dan yakin dia boleh bergerak sendiri.

Ella sangat menyokong saya dan katanya, tak mengapa teruskan usaha. Jadi, sekarang memang saya sangat bersemangat dalam menguruskan karier seni.

Tambah Kaka yang ditemui pada Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Membina Reputasi anjuran Pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), dia turut menerima tawaran daripada syarikat rakaman lain.

Bukan itu sahaja, Kaka bersyukur apabila Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sudi menerima kunjungannya bagi membincangkan mengenai hala tuju dalam karier muziknya.

Pertemuan itu bagi mendapatkan nasihat atas apa yang sudah berlaku. Jadi, saya amat bersyukur dan gembira sebab tahu saya tidak keseorangan berhadapan situasi berkenaan.

Menteri cuma mahu dengar daripada pihak saya apa yang terjadi dan selebihnya mengenai apa yang saya perlu lakukan dalam karier pada masa akan datang.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *