Gosip

Penyelesaian Damai? Ruhainies Ajak Bertemu, Sarah Yasmine Teguh Pendirian

Setelah dikaitkan dengan penyanyi Aliff Aziz, pelakon Ruhainies desak ingin bertemu dengan Sarah Yasmine dan Bella Astillah. Gambar: Shahira/Oh Bulan

Pelakon Ruhainies akhirnya membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah dan Sarah Yasmine setelah dikaitkan dengan penyanyi Aliff Aziz. Sarah Yasmine kembali memaparkan perbualan terbaru mereka di Instagram Story, di mana Ruhainies mengajaknya untuk bertemu dan menyelesaikan pertikaian di antara mereka bertiga. Dalam perbualan tersebut, Ruhainies mengakui bahawa dia telah menghentikan hubungan dengan Aliff dan berharap agar Sarah tidak lagi membicarakan kisah silam tersebut.

Babe, past is past. Jangan cakap perkara yang dah berlalu. Ini antara saya, awak dan Bella. Sekarang, saya nak duduk berbincang dengan awak dan Bella. Saya cuba untuk berdamai dengan semua orang. Saya tahu, awak penat dan tak suka nak panjangkan isu ini. Kita masing-masing dah matang. Saya tak nak ada isu dengan sesiapa, saya nak kita bahagia semula.

Sarah mendakwa bahawa walaupun dia menolak tawaran tersebut, Ruhainies masih menunjukkan keinginan untuk bertemu dengannya dengan tegas. Sarah kemudian menegaskan bahawa dia tetap pada pendiriannya.

Perbualan antara Sarah dan Ruhainies di Instagram:

Related posts
Gosip

Spekulasi Artis Wanita Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami

Adakah artis wanita popular kembali rujuk dengan bekas suami dalam tempoh idah? Baru-baru ini…
Read more
Gosip

Farid Kamil tolak cerai, mahkamah arah lantik Jawatankuasa Pendamai

Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Farid Kamil dan Diana Danielle (tengah) melantik wakil…
Read more
HiburanGosip

‘Saya Tak Maafkan Fitnah Serta Cercaan Awak Dunia & Akhirat’

Pelakon Nur Fazura tidak memaafkan tindakan seorang individu yang melemparkan fitnah terhadapnya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *