
Menerusi wawancara dengan Melodi, Ruhainies mengakui dia amat terkejut dengan insiden khalwat tersebut sehingga tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, ia merupakan kali pertama dia menghadapi situasi sedemikian.
“Masa situasi tu berlaku, saya masih dalam keadaan terkejut sebab itu pertama kali terjadi dalam hidup saya. Itu titik hitam yang saya tak akan lupa sampai bila-bila, saya jadi trauma. Beberapa hari kemudian, saya ada hubungi Bella tapi tak berjaya. Saya tak nak mendesak sebab saya faham situasi itu. Saya pun ada call tapi Bella tak jawab. Masing-masing dalam keadaan emosi.”
Pada masa yang sama, Ruhainies menyatakan bahawa walaupun dia mempunyai bukti, dia tidak akan berkongsi perkara tersebut di media sosial kerana tidak mahu menjadikan situasi lebih rumit.
“Apa-apa bukti yang saya ada, saya tak akan post di mana-mana sebab kalau tak, tidak akan ada pengakhiran. Saya tahu bagaimana perasaan bila diaibkan.”
Dalam situasi tersebut, Ruhainies dengan rendah diri meminta maaf kepada Bella dan semua individu yang terlibat.
“Saya harap semua pihak boleh maafkan saya dan mulakan hidup baru. Saya tak semuanya berakhir. Saya betul-betul minta maaf. Saya nak berdamai. Saya nak semua pihak bersatu semula, saya tahu ianya susah untuk Bella terima.”