Global

Presiden Biden Anugerahkan Michelle Yeoh Pingat Kebebasan di Rumah Putih

Gambar: Andrew Caballero-Reynolds

Menerusi laporan dari NBC News, Michelle Yeoh dianugerahkan pingat tersebut menjadikannya warga Asia pertama yang meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 tahun lalu. Michelle adalah salah satu dari 19 individu yang diberikan Pingat Kebebasan (Medal of Freedom) oleh Presiden Biden di Rumah Putih.

Menurut Biden, Michelle telah berhasil mematahkan stereotaip dan menembusi pelbagai batasan seperti jantina, budaya dan bahasa sambil memberikan inspirasi kepada ramai melalui persembahan lakonannya. Di dalam dan di luar layar, Michelle telah memecahkan stereotaip dan batasan untuk memperkaya dan memperkukuh budaya Amerika.

Peranannya yang melangkaui jantina, budaya dan bahasa dari seni bela diri hingga komedi romantis dan fiksyen sains menunjukkan kepada kita persamaan yang kita miliki. Sebagai pelakon Asia pertama yang memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon terbaik, dia telah menyatukan budaya tidak hanya untuk menghibur tetapi juga memberi inspirasi dan hati terbuka . Dan dia terus berusaha melakukannya. Tahniah atas anugerah yang membanggkan ini! Sumber: NBC News

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *