Tempatan

KDN,PDRM dan DBKL telah bersatu tenaga dalam Karnival Pencegahan Jenayah Komuniti Setempat Tahun 2024

Majlis Perasmian Karnival Pencegahan Jenayah Kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Bersama Rakan Strategik dengan Komuniti Setempat Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri, di pekarangan Perumahan Awam Sri Sabah 3B Cheras, Kuala Lumpur.

Program kolaborasi pencegahan jenayah ini diadakan sebagai usaha bersama PDRM, DBKL, dan komuniti setempat untuk menangani isu-isu berkaitan dengan jenayah dan gejala sosial di kawasan kediaman. Tujuannya adalah untuk memperkasakan konsep Community Policing atau pengawasan setempat.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri IGP Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, YBhg. DIGP Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-Pengarah PDRM, semua Ketua Polis Negeri, dan undangan agensi yang terlibat .

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri

Related posts
Tempatan

Harga Lantai Padi Baharu Dijangka Ringankan Beban Pesawah

Pesawah di negeri Kedah berharap pengumuman harga lantai belian padi baharu minggu depan akan…
Read more
Tempatan

Laluan Ke Taman Negara Niah Terputus Akibat Banjir

Tinjauan menunjukkan air naik antara 50cm hingga dua meter di pintu masuk Gua Niah menyebabkan…
Read more
Tempatan

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi Selama Dua Hari

Pesawat yang membawa Presiden Shavkat Mirziyoyev dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *