
Pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar telah menarik perhatian apabila memberikan respon terhadap permintaan pengarah terkemuka Malaysia, Syafiq Yusof melalui ciapan di aplikasi X.
Dalam ciapan tersebut, Joko memuji filem terbaru arahan Syafiq yang berjudul ‘Sheriff: Narko Integriti’.
Pengarah yang terkenal dengan karya ‘Pengabdi Setan’ ini menyatakan bahawa dia akan berusaha sebaik mungkin untuk menonton ‘Sheriff’ secepat mungkin.
“Looks great! Akan cuba layan segera kat cinema Indonesia, Syafiq!“
Sebelumnya, Syafiq yang merupakan anak kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam menyatakan rasa teruja apabila filem arahannya itu, kini sudah memasuki pasaran Indonesia dan mula ditayangkan di sana.
Syafiq juga berharap agar Joko, yang merupakan idolanya dalam bidang filem, berkesempatan menonton filem tersebut.
Filem yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz dan Syafiq Kyle telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM60.5 juta sejak tayangannya bermula pada 19 April lalu.
Sumber: X