
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah menghadiri Hari Terbuka Agensi Antidadah Kebangsaan 2024 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini. Program yang dirasmikan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ini bertujuan untuk memberikan informasi dan pendedahan berkaitan dengan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan oleh AADK.

Turut hadir, YBhg. Datuk Hj. Ruji bin Hj. Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN dan Puan Shobah binti Jamil, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK

Hari Terbuka tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif AADK untuk menangani peningkatan kes penagihan dadah, yang mencatat peningkatan sebanyak 27% dalam enam bulan pertama tahun 2023. Kebanyakan penagih terdiri daripada golongan belia, yang merupakan 65% daripada jumlah keseluruhan penagih.

Antara program utama yang diketengahkan termasuk pelancaran Skuad Antidadah yang mensasarkan untuk menarik seramai satu juta ahli menjelang pertengahan 2024. Skuad ini bertujuan menyediakan aktiviti berfaedah untuk golongan belia bagi mengelakkan mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Sumber : Facebook Kementerian Dalam Negeri