Umum

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI LUAR TERHADAP MENTERI DALAM NEGERI

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, telah mengadakan pertemuan bersama dengan beberapa tokoh penting luar negara di sela-sela acara DSA & NATSEC 2024. Pertemuan tersebut melibatkan YB Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Darussalam; TYT Kazembe Kazembe, Menteri Dalam Negeri dan Warisan Kebudayaan Zimbabwe; TYT Jeneral Saeed AlQahtani, Timbalan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi; dan TYT Rashed Mohammed Rashed Alsaleh, Duta Besar Kuwait ke Malaysia.

Semasa pertemuan-pertemuan ini, pelbagai isu keselamatan dan hal ehwal dalam negeri dibincangkan. Fokus perbincangan termasuk kerjasama dua hala dalam bidang keselamatan, imigresen, kepenjaraan, dan kawalan sempadan antara Malaysia dengan negara-negara tersebut.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN); YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN; serta beberapa pegawai daripada KDN.

Seusai kunjungan hormat, YB Menteri Dalam Negeri melawat reruai dan berkesempatan menyantuni serta beramah mesra dengan para pempamer yang mengambil bahagian dalam penganjuran kali ini.

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *