Hiburan

Furiosa: A Mad Max Saga – Prekuel Wajib Tonton untuk Peminat Setia Mad Max

Filem ini akan mendedahkan permulaan kehidupan Furiosa.

Bagi peminat setia Mad Max, siri kelima dalam francais ini iaitu Furiosa: A Mad Max Saga adalah filem yang wajib ditonton. Filem ini merupakan ‘spin-off’ dan prekuel kepada Mad Max: Fury Road (2015).

Karya yang sekali lagi diarahkan oleh George Miller ini akan membawa penonton mengenali asal-usul Imperator Furiosa termasuk bagaimana dia mula berkhidmat sebagai pemandu kepercayaan Immortan Joe.

Namun, jangan risau jika anda belum pernah menonton mana-mana siri Mad Max kerana Furiosa: A Mad Max Saga ibarat sebagai cerita permulaan.

Berbalik kepada filem terbitan Kennedy Miller Mitchell dan Domain Entertainment ini, Furiosa: A Mad Max Saga menampilkan gandingan pertama kali Anya Taylor-Joy sebagai Furiosa bersama Chris Hemsworth sebagai Dementus sementara Alyla Browne memainkan watak Furiosa semasa kecil dan remaja serta Tom Burke.

Mengapa penulis mengatakan filem ini masih dapat difahami walaupun anda belum pernah menonton empat siri sebelumnya?

Ini kerana Miller telah menyusun Furiosa: A Mad Max Saga menjadi lima bahagian dalam satu filem. Bahagian-bahagian ini merangkumi asal-usul Furiosa dan bagaimana dia terpisah daripada ibunya, kumpulan yang diketuai oleh Dementus, tentera fanatik Immortan Joe, Pekan Minyak dan akhirnya ladang peluru.

Selain itu, penonton akan disajikan dengan usaha Furiosa untuk melarikan diri dan pulang ke tempat asalnya dalam masa yang sama berusaha membalas dendam terhadap Dementus.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *