Hiburan

Pyahabib, Pelakon Legenda, Menghembuskan Nafas Terakhir di Usia 66 Tahun

Pyanhabib

Pyahabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, yang berusia 66 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Hulu Kelang, Selangor pada hari Selasa.

Berita sedih tersebut disampaikan oleh Sinaganaga Ben Hussain yang dipercayai sebagai rakan Pyahabib melalui aplikasi Facebook.

“Abang Pyanhabib telah meninggal dunia, al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, pemergian tersebut juga diumumkan oleh Exco Selangor, Mohd Najwan Halimi melalui platform media sosialnya.

“Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang sebentar tadi.

“Sesungguhnya kita datang dari ALLAH dan kepada ALLAH jua kita akan kembali,” katanya.

Pyanhabib yang lahir pada 27 Mei 1958 di Taiping, Perak memainkan watak Osman Tikus dalam filem Kembara Seniman Jalanan pada tahun 1986.

Beliau dikatakan kehilangan pendengaran pada usia 12 tahun selepas mengalami serangan demam panas.

Allahyarham juga terlibat dalam pelbagai filem lain seperti Tsu Feh Sofiah (1986), Rozana Cinta 87 (1987), Tak Kisahlah Beb (1989), Mat Som (1990), Rock Oo! (2013), Apokalips X (2014) dan Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium (2015).

Beliau pernah mendapat pencalonan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik melalui filem arahan Rahim Razali yang berjudul Tsu Feh Sofiah tetapi menolak penganugerahan tersebut di Festival Filem Malaysia ke-7.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *