Sukan

Muhammad Azeem Rekod Prestasi Cemerlang di Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat

Muhammad Azeem bersama rakan-rakan raih emas dalam Acara 4X100m. Gambar: BERNAMA

Muhammad Azeem Mohd Fahmi, atlet pecut negara menyumbang kepada kemenangan Universiti Auburn dalam acara 4X100 meter (m) lelaki di Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Oregon, Amerika Syarikat, pada Jumaat.

Muhammad Azeem bersama dengan Kanyinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakishe Charamba mencatatkan masa 38.03 saat (s), mengatasi catatan masa terbaik musim mereka sebelum ini iaitu 38.38s semasa saringan pada Khamis.

Universiti Louisiana State (LSU) meraih tempat kedua dengan masa 38.21s manakala Universiti Houston mendapat tempat ketiga dengan catatan 38.25s.

Muhammad Azeem adalah pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100m dengan catatan 10.09s dan mencatatkan masa terbaik peribadi musim ini iaitu 10.24s, semasa menyertai Kejohanan Olahraga Jemputan LSU di Los Angeles pada 27 April.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu akan menyertai beberapa kejohanan berturut-turut dimulai dengan Terbuka Malaysia pada 14-16 Jun, diikuti Terbuka Kazakhstan pada 23-24 Jun dan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya-Malang, Indonesia pada 2-5 Julai.

Sumber: BERNAMA

Related posts
Sukan

Terengganu FC Gagal Layak Ke Separuh Akhir ACC 2024/25 Selepas Kalah Kepada BG Pathum United

Safawi Rasid (kanan) meledak gol pada minit ke-93 dan menjaringkan gol kedua peribadinya selepas…
Read more
Sukan

Kemalangan di SIC: Jorge Martin Alami Patah Tangan dan Kaki

Jorge Martin terjatuh akibat hilang kawalan jentera semasa Ujian Pramusim MotoGP 2025 di Litar…
Read more
Sukan

Rashford Sertai Aston Villa Secara Pinjaman Hingga Akhir Musim

Rashford yang digugurkan daripada skuad United pada Disember pernah menjelaskan bahawa mahukan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *