Hiburan

Aqil Zulkiflee Menjadi Kegemaran Kanak-Kanak Malaysia Selepas 10 Tahun Beraksi di YouTube

Aqil Zulkiflee ketika diserbu peminat ciliknya.

Selepas 10 tahun bergelar pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee kini menjadi kegemaran ribuan kanak-kanak di seluruh negara.

Kemunculannya sentiasa menarik perhatian golongan tersebut di mana sahaja beliau berada, seperti yang terlihat dalam video-video yang dikongsikan di platform media sosialnya, di mana kanak-kanak sering kali bersemangat meminta tanda tangan, berfoto bersama, dan memberi hadiah.

“Begitulah situasi apabila hadir pada setiap majlis, saya sangat gembira sebab ramai yang datang untuk berjumpa dan memberi sokongan.

“Berniaga sambil melayan kanak-kanak riang, seronok! Terima kasih semua yang datang,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Aqil atau nama sebenarnya Ahmad Aqil Zulkiflee, 10 tahun dalam dunia pencipta kandungan bukan satu perjalanan mudah, pelbagai cabaran perlu diharungi terutamanya dalam mencari idea bagi menghasilkan video yang terbaik pada setiap hari untuk tontonan peminatnya.

Ujarnya, kandungan video berbentuk hiburan seperti demonstrasi alat permainan kanak-kanak, makanan, haiwan peliharaan dan sebagainya memerlukan sesuatu yang segar serta terkini sesuai mengikut peredaran masa.

“Untuk terus konsisten membuat kandungan yang kena dengan keadaan semasa sangat mencabar. Hendak menjana idea setiap hari bukanlah mudah.

“Tapi itulah dugaan paling besar bagi saya untuk terus kekal sebagai influencer dan bekerja dalam bidang ini,” katanya.

Bicara anak kedua daripada lima beradik itu, dia banyak melayari video pencipta kandungan lain dalam dan luar negara bagi mendapatkan inspirasi.

Jelasnya, jika idea muncul secara spontan dia akan terus menjadikan pengisian video pada waktu yang sama.

“Saya banyak melihat video orang lain, tak kira individu dalam Malaysia mahupun luar negara. Kadang kala, idea tu datang secara spontan dan Aqil terus buat video.

“Selain itu, Aqil juga banyak membeli barangan terutamanya permainan dan makanan untuk menghasilkan lebih banyak kandungan menarik termasuklah melancong,” katanya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *