Global

Israel Halang Ibadah Korban di Gaza, Pelanggaran Hak Asasi Manusia

Trak bantuan kemanusiaan Mesir menunggu kebenaran merentasi sempadan Rafah ke Semenanjung Gaza, 15 Okt 2023. Gambar: Reuters

Sekatan terbaru Israel menyebabkan ratusan ribu keluarga di Semenanjung Gaza tidak dapat melakukan ibadah korban untuk Aidiladha tahun ini menurut kenyataan pejabat media Gaza pada Sabtu.

Pejabat tersebut menyatakan bahawa “Pasukan pendudukan telah melakukan jenayah baru” dengan menghalang kemasukan haiwan korban melalui penutupan semua lintasan di Semenanjung Gaza termasuk lintasan sempadan Rafah dan lintasan Kerem Shalom.

Pejabat media menegaskan bahawa larangan ini merupakan “satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam,” lapor Agensi Anadolu.

“Tanggungjawab moral dan undang-undang memerlukan masyarakat antarabangsa untuk melakukan campur tangan secara serius bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan menghentikan pencabulan hak dan hak asasi umat Islam secara terang-terangan,” menurut kenyataan itu.

Hampir 37,300 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Oktober tahun lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 85,200 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Sumber: BERNAMA

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *