Hiburan

Spekulasi Berakhir: Nora Danish dan Nedim Nazri Berpisah

Nora dan Nedim telah mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan mereka setelah tujuh tahun berkahwin.

Spekulasi tentang keretakan rumahtangga pelakon terkenal, Nora Danish, dan suaminya, Nedim Nazri, akhirnya terjawab apabila pasangan tersebut memutuskan untuk berpisah secara baik melalui penceraian.

Pada prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu malam, Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin pada jam 8.34 malam.

Nora kemudiannya memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenai keputusan mereka untuk berpisah.

“Saya harap semua boleh hormati jawapan yang dikongsikan iaitu saya dan bekas suami telah dapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan kami setelah tujuh tahun, (perkahwinan) telah berakhir di sini.

“Yang paling penting, tujuan kami hanya mahu bersama-sama membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap sangat pada anda semua mendoakan baik-baik buat kami sekeluarga.

“Harap juga tiada teori tentang perpisahan kami, sebab saya amat pentingkan keharmonian kedua-dua keluarga, keluarga saya dan Nedim, terutama anak-anak kami. Nak besarkan mereka dalam keadaan positif,” katanya.

Pada April lalu, pelakon yang popular dengan tagline ‘Kita Enjoy’ itu tanpa berselindung mengakui, rumahtangganya bersama Nedim yang juga anak kepada Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, sejak tujuh tahun lalu bergolak dan tidak tinggal sebumbung.

Sebagai rekod, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamed Neqayl, 6.

Sebelum itu, pelakon jelita terbabit pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada Julai 2008.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15.

Sumber: Sinar Harian

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *