Hiburan

Kolaborasi Gemilang: Lady Gaga Memilih Busana Rizman Ruzaini untuk Konsertnya

Kolaborasi dengan Lady Gaga bermula selepas busana mewah mereka dipakai oleh Naomi Campbell dalam peragaan fesyen di Dubai pada akhir tahun lalu. Gambar: Gempak

Baru-baru ini, berita mengenai busana hasil rekaan Rizman Ruzaini yang dipakai oleh penyanyi antarabangsa, Lady Gaga, tersebar luas di media sosial.

Beberapa video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial menunjukkan Lady Gaga memakai busana yang direka oleh Rizman Ruzaini semasa beliau membuat persembahan dalam konsert residensinya di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pengarah kreatif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, menyatakan bahawa kolaborasi dengan Lady Gaga bermula selepas busana mewah mereka dipakai oleh Naomi Campbell dalam peragaan fesyen di Dubai pada penghujung tahun lalu.

Lady Gaga

“Segalanya bermula selepas Naomi Campbell mengayakan busana kami pada pertunjukan fesyen di Dubai tempoh hari. Tentulah, Naomi merupakan supermodel yang disegani, jadi apabila dia bersetuju nak pakai busana sesebuah jenama, maknanya pereka itu sudah ada ‘weight’.

“Jadi selepas dua, tiga hari Naomi pakai baju kami, kita dapat panggilan serta pertanyaan daripada agensi-agensi dari Hollywood. Dalam banyak-banyak panggilan itu merupakan jurugaya yang bekerja dengan penyanyi popular seperti Lady Gaga dan Beyonce,” katanya kepada Gempak.

Rizman menambah, selepas bertukar nombor telefon, dia pun memulakan proses rekaan seperti biasa selepas mendapat ukuran daripada agensi yang menghubunginya.

Tambah Rizman, pada kebiasaan, selebriti luar negara akan mengenakan busana daripada pereka yang baru berkolaborasi dengan mereka untuk majlis kecil seperti majlis ‘dinner show’.

“Kami hantar busana berkenaan kepada agensi yang menguruskan busana Lady Gaga pada awal tahun ini. Perancangan asal, sebenarnya busana itu untuk dinner show sahaja.

“Namun, selepas sampai ke sana, pihak Lady Gaga beritahu yang tuan empunya badan mahu simpan dan pakai untuk majlis yang lebih besar. Katanya, busana tersebut terlalu ‘grand’ untuk dinner show.

“Jadi bila Lady Gaga pakai ketika konsertnya, kami berasa sangat teruja dan terkejut!” katanya lagi.

Di samping itu, Rizman menjelaskan yang dia tidak mengeluarkan wang untuk membolehkan rekaannya dipakai oleh Lady Gaga.

“Saya tidak keluarkan duit untuk Lady Gaga pakai busana kami, begitu juga dengan pihak Lady Gaga,” ujar Rizman yang menganggap kolaborasi itu sebagai pembina jambatan ke persada yang lebih tinggi.

Sebelum menutup perbualan, Gempak sempat bertanya adakah Rizman akan mereka busana untuk selebriti antarabangsa lain, jawab Rizman: “Memang ada, tapi kita lebih suka diam-diam sahaja. Sampai masa baharu kita kongsi,” katanya.

Sumber: Gempak

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *