GosipK-POP

Kim Soo Hyun & Kim Ji Won Didakwa Bercinta, Kongsi Foto Gaya ‘Posing’ Sama?

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon dari Korea Selatan iaitu Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won menjadi perbualan hangat di media sosial selepas didakwa sedang hangat bercinta

Desas-desus mengenai hubungan mereka mula menjadi perhatian ramai sejak masing-masing bergandingan dalam drama yang sama iaitu Queen of Tears. Tak dinafikan, keserasian aktor dan aktres ini dalam drama tersebut membuatkan penonton mengharapkan hubungan mereka berterusan ke dunia realiti.

Malah satu demi satu spekulasi mengenai hubungan mereka mula ‘dihidu’ para peminat termasuk dakwaan Kim So Hyun dan Kim Ji Won meluangkan masa bersama dengan bermain golf. Peminat mendakwa melihat pergelangan tangan kedua-dua pelakon itu sedikit ‘tanned’ disebabkan cahaya matahari.

Kemudian timbul pula dakwaan, mereka berdua memakai rantai leher yang memiliki bentuk yang sama. Namun apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut apabila Kim Soo Hyun memuat naik satu foto di Instagram yang memaparkan dirinya melakukan gaya ‘posing’ sama seperti yang dilakukan Kim Ji Won.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam Kim Soo Hyun selepas beberapa minit dimuat naik.

Sehingga kini, aktor dan aktres itu bertindak mengunci mulut dan tidak memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Related posts
Gosip

Spekulasi Artis Wanita Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami

Adakah artis wanita popular kembali rujuk dengan bekas suami dalam tempoh idah? Baru-baru ini…
Read more
Gosip

Farid Kamil tolak cerai, mahkamah arah lantik Jawatankuasa Pendamai

Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Farid Kamil dan Diana Danielle (tengah) melantik wakil…
Read more
HiburanGosip

‘Saya Tak Maafkan Fitnah Serta Cercaan Awak Dunia & Akhirat’

Pelakon Nur Fazura tidak memaafkan tindakan seorang individu yang melemparkan fitnah terhadapnya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *