Global

Demam Nil Barat ragut 11 nyawa di Israel

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perlindungan Alam Sekitar Israel bersama-sama mengumumkan pengesanan nyamuk yang membawa virus Nil Barat di kawasan metropolitan Tel Aviv. – Gambar hiasan

BAITULMAQDIS: Kementerian Kesihatan Israel melaporkan tiga lagi kematian akibat demam Nil Barat pada Rabu, meningkatkan jumlah kematian dalam wabak itu kepada 11, lapor Xinhua.

Menurut Kementerian Kesihatan, 153 orang telah didiagnosis dengan virus itu sejak Mei, jangkitan tahunan tertinggi demam Nil Barat dalam tempoh 24 tahun.

Awal Rabu, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perlindungan Alam Sekitar bersama-sama mengumumkan pengesanan nyamuk yang membawa virus Nil Barat di kawasan metropolitan Tel Aviv, yang merangkumi bandar-bandar utama seperti Tel Aviv, Herzliya, Petah Tikva dan Kiryat Ono.

Nyamuk yang dijangkiti juga dikenal pasti di kampung berhampiran Netanya, bandar peranginan Laut Merah Eilat dan Majlis Wilayah Hevel Eilot di selatan Israel.

Kementerian Perlindungan Alam Sekitar menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mempergiatkan usaha pemantauan dan pemusnahan nyamuk. Kementerian itu juga menekankan kepentingan kesedaran awam dan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan ancaman nyamuk.

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *