Hiburan

Da’i Syed Anggap Tuduhan Kes Merogol sebagai Ujian, Teruskan Kehidupan

“Ini adalah ujian buat saya,” kata Da’i Syed. Gambar: Sinar Harian

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menganggap kes pertuduhan merogol seorang wanita lima tahun lalu sebagai satu ujian dari Allah baginya.

Walaupun masih menghadapi kepenatan kerana kes tersebut belum sepenuhnya selesai walaupun telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam tahun lalu, Syed menyatakan bahawa dia meneruskan kehidupannya seperti biasa.

“Ikutkan memang saya sudah penat, tetapi ini qada qadar, ALLAH beri ini sebagai ujian buat saya.

“Walaupun berdepan ujian, hidup perlu diteruskan seperti biasa. Doa saya, insya-ALLAH, kehidupan dan kerjaya saya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Dajal di Wisma MIG pasa Rabu.

Lebih bermakna kata lelaki berusia 29 tahun itu, dia akan menyambut kedatangan cahaya dalam kurang dari tiga minggu lagi.

Bagaimanapun, setakat ini Syed belum bersedia untuk memperincikan maklumat lanjut termasuk jantina anak sulung daripada perkahwinannya dengan pengacara Hana Ismail.

“Alhamdulillah tak lama lagi saya nak timang cahaya mata, betullah bila nak timang anak, rezeki semakin bertambah.

“Selain itu, saya juga sibuk sebagai ejen pelancongan manakala isteri menjalankan perniagaan berasaskan batu permata,” ujarnya.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Syed berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan ia tidak lagi kompeten untuk diteruskan.

“Memang saya menarik rayuan itu kerana saya sudah lakukan pembelaan. Pada asalnya, saya mahu membuat rayuan, tetapi prosidingnya pada Julai.

“Jadi, bila saya dah bela diri pada Jun, maka ia (proses rayuan) sudah tidak kompeten. Jadi, saya ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya dan menarik balik rayuan itu,” jelasnya.

Tambah Syed, keputusan kes berkenaan dijangka diketahui pada Ogos depan.

“Apa pun, saya sudah melakukan yang terbaik untuk pembelaan saya pada Jun lalu,” ujarnya.

Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan Syed daripada tuduhan merogol setelah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, menjelang penutupan kes pendakwaan.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (pada masa itu) di dalam sebuah bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di Shah Alam, kira-kira jam 1.35 pagi pada 11 September 2019.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya juga membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul seorang penuntut di sebuah kolej swasta.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *