Hiburan

Kolaborasi Hebat Joe Flizzow dan Rossa di Johor Bahru

Setelah 9 tahun, Joe Flizzow dan Rossa bersatu semula.

Joe Flizzow penyanyi rap terkenal dan juga penerbit muzik akan memanfaatkan peluang untuk berkolaborasi kembali dengan penyanyi popular Indonesia iaitu Datuk Seri Rossa dalam Konsert Divas & Diamonds.

Konsert tersebut akan berlangsung di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru pada 7 September.

Menurut Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, dia dan Rossa telah menghasilkan dua buah lagu duet yang berjudul Katakan dan One Night Lover.

Kali terakhir mereka berkolaborasi adalah kira-kira sembilan tahun yang lalu semasa Konsert Pesona Cinta Rossa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada tahun 2015.

“Kedua-dua lagu duet pula adalah ciptaan saya dan saya bertuah dapat berkolaborasi dengan Rossa kerana untuk melihat artis Indonesia yang menyanyikan lagu ciptaan dari luar terutama Malaysia agak susah.

“Jadi, untuk konsert kali ini, saya rancang untuk berduet dengan Rossa dan akan berbincang lanjut mengenai perkara ini.

“Walaupun sudah lama tidak melakukan persembahan bersama, tapi kami tetap berhubung,” kata Joe ketika sidang akhbar konsert berkenaan pada Selasa.

Joe diumumkan pihak penganjur Mega Eve Sdn Bhd sebagai penyanyi keempat yang akan tampil membuat persembahan pada Konsert Divas & Diamonds selepas Rossa dan penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah serta Dayang Nurfaizah.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *