Hiburan

Filem Gold Mengisahkan Inspirasi Atlet Paralimpik Cheah Liek Hou

Gold adalah inspirasi dari kisah benar.

Bermula dengan ‘keletihan’ melihat isu perkauman dimanipulasi sebagai alat politik, pengarah terkenal Adrian Teh mendorong dirinya untuk menghasilkan filem terbarunya, Gold.

Adrian menjelaskan bahawa dia terinspirasi untuk mengadaptasi sebuah kisah benar berdasarkan klip video atlet paralimpik, Cheah Liek Hou yang menyarungkan pingat emas yang dimenanginya di leher jurulatihnya, Rashid Sidek.

Gold mengisahkan perjalanan hidup Cheah Liek Hou, jaguh badminton paralimpik negara, sejak kanak-kanak. Ketika dia berusaha menempatkan namanya dalam arena sukan kebangsaan, beliau didiagnos dengan penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy.

Kematian ayahnya yang merupakan penyokong tegarnya juga menyebabkan Liek Hou merasa kehilangan tujuan. Namun, apabila Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bersemangat semula dengan sokongan dari jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.

Filem ini menyaksikan gandingan pertama kali Farid Kamil sebagai Rashid Sidek dan pelakon yang kini menyinar di Taiwan menerusi filem Abang Adik iaitu Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou.

Selain itu, Gold turut dibintangi Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo (Guan Ting), Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *