Hiburan

Filem Terbaharu dengan Gandingan Tatum-Johansson: Fly Me To The Moon

Fly Me To The Moon menyaksikan gandingan pertama kali Tatum dan Johansson.

Secara jujurnya, tarikan utama penulis untuk menonton filem terbaru terbitan Apple Studios dan These Pictures ini adalah gandingan pertama kali Channing Tatum dan Scarlett Johansson sebagai watak utama, selain penglibatan pelakon hebat iaitu Woody Harrelson.

Tarikan kedua adalah jalan ceritanya yang berkisar tentang pelancaran Apollo 11 yang pernah menimbulkan kontroversi dan spekulasi bahawa angkasawan Neil Armstrong sebenarnya tidak mendarat di bulan tetapi hanya berlakon di dalam sebuah studio.

Filem Fly Me To The Moon menyajikan jalan cerita yang ‘straight forward’ dan tidak terlalu rumit tentang seorang pakar pemasaran, Kelly Jones (Johansson) yang dibawa masuk untuk memperbaiki imej Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang bertanggungjawab atas pelancaran Apollo 11.

Kehadiran Jones menyebabkan kekacauan kepada Pengarah Pelancaran, Cole Davis (Tatum) yang berusaha keras untuk memastikan tiada tragedi berlaku semasa pelancaran Apollo 11 ke angkasa.

Apabila Rumah Putih menganggap misi itu terlalu penting untuk gagal, Jones diarahkan ke peringkat yang lebih mencabar iaitu menghasilkan pendaratan bulan palsu sebagai sandaran.

Menurut pandangan penulis, terdapat momentum dalam perjalanan filem ini yang agak terasa mendatar dan meleret. Tempoh dua jam 11 minit terasa agak panjang.

Namun, gandingan Tatum dan Johansson berjaya menyelamatkan keseluruhan. Tatum memainkan watak yang serius dan tegas dengan baik, sementara Johansson memberikan hiburan yang memuaskan sebagai pakar pemasaran yang bersemangat.

Dalam masa sama, produksi filem ini berjaya membuatkan penonton seperti sama-sama berada di tahun 1969 dengan fesyen, dekorasi, suasana dan setiap perincian yang sesuai pada tahun 1960-an.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *