Hiburan

Filem Tempatan ‘The Experts’ Mencipta Sejarah di Kemboja

Filem The Experts terbitan Astro Shaw bakal ditayangkan di 18 daripada 25 pawagam dalam versi bahasa Kemboja. Gambar: Gempak

Filem ‘heist’ tempatan, ‘The Experts’, meraih kejayaan dengan memasuki pasaran di Kemboja.

Filem hasil kerjasama Astro Shaw dengan ZAK Capital dan TGV Pictures akan menemui penonton di 18 daripada 25 pawagam di Kemboja dalam versi bahasa Kemboja, dengan tujuan menarik minat warga tempatan serta memperluaskan pengalaman menonton filem tempatan.

Menariknya, filem ini yang menampilkan pelakon-pelakon ternama seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana, Maya Karin, Tony Eusof dan Ray Dapdap, juga akan tersedia di platform Astro First pada bulan Ogos akan datang.

Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw dan Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ telah menyuarakan kegembiraannya atas sokongan yang diberikan penonton terhadap filem ini.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menonton The Experts di pawagam sebelum ini. Sokongan penonton mengukuhkan lagi usaha kami untuk terus mengangkat filem-filem tempatan terbang lebih jauh.

“Kami telah bekerjasama dengan pengedar konten terbesar Kemboja iaitu Westec Media Limited (WML) untuk mempersembahkan The Experts di negara tersebut, serta telah melakukan alih suara bagi menarik penonton di sana.

“Dalam pada itu, memandangkan ‘vibe’ The Experts masih dirasai, jadi kami rasa teruja untuk terus bawakan ke platform Astro First pada bulan hadapan dan ia dapat dinikmati oleh penonton dengan pengalaman berbeza, di mana boleh dinikmati di mana-mana mengikut keselesaan anda dengan hanya satu harga boleh ditonton beramai-ramai dan berkali-kali dalam tempoh 48 jam,” katanya dalam satu kenyataan.

Semua penonton Malaysia boleh menikmati filem aksi penuh debaran ini menerusi Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO dan juga peranti pilihan melalui Sooka.

Dengan tema yang menekankan nilai-nilai kekeluargaan, The Experts adalah filem yang sangat sesuai untuk ditonton bersama-sama di mana-mana mengikut keselesaan penonton.

Ia menawarkan satu harga, iaitu RM16.20 di platform Astro dan RM19.50 di platform penstriman Sooka untuk menonton berulang kali dalam tempoh 48 jam.

Filem The Experts mengisahkan kisah lima adik beradik yang kembali bersatu setelah lama meninggalkan kegiatan merompak atas satu ugutan gangster yang berbahaya.

Mereka dipaksa untuk menjalankan rompakan terbesar dan paling berisiko dalam hidup mereka. Dalam proses ini, mereka terpaksa menghadapi dendam lama keluarga dan sejarah kejahatan mereka yang silam.

Bagaimanakah mereka akan mengatasi musuh dan melindungi keluarga mereka? Adakah misi rompakan ini akan menjadi yang terakhir bagi mereka bersama-sama?

Jangan lepaskan peluang untuk menonton The Experts di Astro First melalui platform Astro dan sooka. Untuk maklumat lanjut serta cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *