Sukan

Hannah Yeoh: Fokus Atlet Olimpik Paris 2024 Perlu Dijaga, Hentikan Sebar Poster Tidak Sah

Hannah Yeoh: Saya tidak mahu apa-apa yang mengganggu kesihatan mental atlet kita dan persiapan mereka kerana saya percaya semua agensi terlibat telah memberikan yang terbaik dalam persiapan untuk 26 atlet ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak untuk menghentikan penyebaran poster atau maklumat tidak rasmi di media sosial mengenai atlet negara yang akan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau berkata, ini adalah untuk memastikan atlet dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada persediaan mereka dan menjaga kesihatan mental 26 atlet negara yang sedang berusaha untuk meraih pingat di temasya berprestij tersebut.

“Saya tidak mahu apa-apa mengganggu kesihatan mental atlet kita dan persiapan mereka kerana saya percaya semua agensi terlibat telah melakukan yang terbaik untuk persiapan 26 atlet ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Santuni MADANI-Satu Pemimpin Satu Kampung Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Kampung Orang Asli Buloh Telor, Kuala Kubur Bharu hari ini.

Sebelumnya, Hannah mengumumkan bahawa KBS telah memilih Kampung Orang Asli Buloh Telor sebagai Kampung Angkat sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Beliau berkata keperluan dan isu sosioekonomi penduduk di kampung berkenaan dikenal pasti dan mencadangkan kaedah penyelesaian dalam aspek pendidikan, kemiskinan, kesihatan, infrastruktur dan sebagainya menerusi program itu.

“Antara inisiatif akan dilaksanakan bagi tahun ini adalah baik pulih gelanggang pelbagai guna untuk sukan sepak takraw dan badminton dengan anggaran peruntukan sebanyak RM50,000 hingga RM100,000.

“Manakala bagi 2025, KBS merancang untuk membaik pulih padang bola sepak dengan anggaran peruntukan sebanyak RM300,000 hingga RM400,000,” katanya yang turut menyerahkan peralatan sukan seperti bola sepak dan badminton kepada belia di kampung berkenaan.

Hannah memaklumkan bahawa peralatan badminton tersebut ditaja dan ditandatangani oleh legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Related posts
Sukan

Terengganu FC Gagal Layak Ke Separuh Akhir ACC 2024/25 Selepas Kalah Kepada BG Pathum United

Safawi Rasid (kanan) meledak gol pada minit ke-93 dan menjaringkan gol kedua peribadinya selepas…
Read more
Sukan

Kemalangan di SIC: Jorge Martin Alami Patah Tangan dan Kaki

Jorge Martin terjatuh akibat hilang kawalan jentera semasa Ujian Pramusim MotoGP 2025 di Litar…
Read more
Sukan

Rashford Sertai Aston Villa Secara Pinjaman Hingga Akhir Musim

Rashford yang digugurkan daripada skuad United pada Disember pernah menjelaskan bahawa mahukan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *