Hiburan

Filem Deadpool & Wolverine: Gabungan Aksi Memukau

Gandingan Reynolds dan Jackman memberikan sinergi baharu yang sangat berkesan.

Entah mengapa, sejak tayangnya Avengers: Endgame pada tahun 2019, filem-filem di bawah francais Marvel Cinematic Universe (MCU) yang ditayangkan selepas itu gagal memberi kesan yang mendalam.

Namun begitu, Ryan Reynolds cepat menarik perhatian dengan aksinya yang bersahaja sebagai Deadpool.

Situasi menjadi semakin meriah dengan kemunculan Hugh Jackman dalam watak ikoniknya, Wolverine.

Gandingan mantap mereka ibarat satu kesan yang sempurna mampu mencetuskan adrenalin penonton untuk terus mengikuti sepanjang dua jam 10 minit itu.

Bukan hanya melalui aksi hebat dan percikan darah di sana sini tetapi juga melalui karakter yang berbeza, dialog sumpah seranah itu secara tidak langsung turut mempengaruhi Wolverine yang tidak pernah tampil dengan cara sedemikian dalam filem X-Men sebelum ini.

Ada sahaja kata-kata pedas dari Deadpool seperti biasa, yang mungkin agak sinikal bagi mereka yang terlibat.

Secara tidak langsung, filem arahan Shawn Levy ini akan menjelaskan hubungan antara X-Men dan dunia MCU yang selama ini menjadi persoalan ramai.

Antara daya tarikan lain adalah kemunculan semula karakter-karakter lama X-Men yang sangat dirindui oleh peminat francais tersebut.

Watak antagonis yang dibawakan oleh Emma Corrin sebagai Cassandra Nova, saudara kembar mantan X-Men, Charles Xavier, juga tidak kurang cemerlangnya.

Walaupun ada yang mungkin tidak menyukai cara Corrin menterjemahkan Cassandra, pelakon berusia 28 tahun itu berjaya menyelaraskan lakonannya setaraf dengan pelakon kelas A yang lebih terkenal seperti Reynolds dan Jackman.

Tidak berhenti di situ, alasan lain untuk menonton Deadpool and Wolverine di pawagam adalah kerana runut bunyi filem tersebut yang akan membawa penonton kembali ke era muzik tahun 1990-an.

Anda akan rasa seperti ingin menyanyi bersama sambil menyaksikan aksi Deadpool dan Wolverine.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *