Hiburan

Persembahan Celine Dion Curi Perhatian dan Mengundang Sebak

Dion meluahkan rasa gembiranya dapat kembali ke pentas dan turut mengucapkan selamat berjaya kepada atlet yang terlibat.

Penyanyi antarabangsa terkenal, Celine Dion kembali ke pentas dengan penuh semangat semasa persembahannya di upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris pada Jumaat.

Ini adalah kemunculan pertama penyanyi kelahiran Kanada berketurunan Perancis tersebut di pentas selepas empat tahun akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Persembahan Dion dari Menara Eiffel menarik perhatian ramai dengan penonton dilihat tidak dapat menahan sebak apabila ratu lagu balada itu menyanyikan lagu asal penyanyi Perancis, Edith Piaf berjudul “Hymne à l’amour”.

Penampilannya juga menerima pujian daripada Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang menyifatkan persembahan itu sebagai kenangan manis untuk para peminatnya.

“Dia adalah ikon Kanada, bakat yang luar biasa dan dia berjaya mengatasi banyak dugaan untuk berada di sana malam ini.

“Celine, saya gembira melihat anda kembali menyanyi,” tulis Trudeau di X.

Di Instagram, Dion meluahkan rasa gembiranya dapat kembali ke pentas, serta mengucapkan selamat berjaya buat atlet terlibat.

“Saya berbesar hati dapat menjayakan persembahan pembukaan malam ini, dan gembira dapat kembali ke bandaraya kegemaran saya.

“Paling penting, saya gembira dapat bersama atlet terhebat dunia, yang hadir ke sini dengan seribu satu kisah pengorbanan, kekuatan dan ketabahan. Berbanggalah, kerana anda sudah berusaha dengan begitu keras,” tulisnya.

Dion mempunyai kumpulan peminat yang sangat besar di Perancis. Album bahasa Perancisnya yang diterbitkan pada tahun 1995, D’eux adalah album berbahasa Perancis terlaris sepanjang zaman.

Dion, 56 tahun disahkan menghidap gangguan neurologi, Sindrom Orang Kaku pada tahun 2022. Penampilan kali ini adalah kemunculan kedua Dion di Sukan Olimpik. Kali pertama beliau membuat persembahan ialah pada majlis perasmian Sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *