Hiburan

Tom Cruise Tampil Dengan Aksi Mengagumkan Semasa Majlis Penutup Olimpik Paris 2024

Tom Cruise (kiri) bergambar dengan peminat semasa menyaksikan pusingan kelayakan gimnastik artistik wanita di Sukan Olimpik Paris pada 28 Julai 2024.

Bintang Hollywood, Tom Cruise akan mempersembahkan beberapa aksi menakjubkan dalam segmen video yang disiarkan semasa majlis penutup Sukan Olimpik Paris pada 11 Ogos ini, lapor Xinhua. Penampilan Cruise adalah sebahagian daripada upacara penyerahan Bendera Olimpik dari Paris kepada bandar tuan rumah Sukan Olimpik 2028, Los Angeles.

Menurut laporan, pelakon berusia 62 tahun itu merakam video yang memaparkan beliau menunggang motosikal melalui Paris, turun dari sisi Stade de France, dan kemudian terjun dari pesawat sebelum mendarat berhampiran simbol ikonik industri perfileman dengan perkataan “Hollywood” di Los Angeles.

Selepas mendarat, Cruise menyerahkan bendera tersebut kepada seorang atlet yang memulakan larian obor mengelilingi bandar.

Cruise yang sedang menjalani penggambaran francais filem ‘Mission Impossible’ terbaharu di Paris, memanfaatkan kesempatan itu untuk merakam aksi bagi majlis penutup, menyebabkan ramai yang menyangka ia adalah penggambaran filem biasa.

Menurut laporan akhbar The Guardian, Cruise yang baru sahaja menerima gelaran Knight of the Legion of Honour daripada Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati telah mengusulkan idea ini kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang kemudian menjanjikan segmen yang mendebarkan.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *