
Instagram kini mengemas kini ciri perkongsian gambar mereka, membolehkan pengguna berkongsi sehingga 20 gambar dalam satu pos berbanding hanya 10 gambar sebelum ini.
Dengan penambahan ini, pengguna dapat berkongsi dan menyimpan lebih banyak gambar mengenai sesuatu perkara atau peristiwa melalui Instagram.
Ciri baharu ini juga memudahkan anda mengajak rakan atau keluarga untuk berkolaborasi dalam satu perkongsian, membolehkan setiap orang berkongsi lebih banyak gambar.
Instagram akan melancarkan ciri ini secara berperingkat kepada semua pengguna mulai hari ini.
Sebagai perbandingan, TikTok membenarkan perkongsian sehingga 35 gambar dalam satu pos melalui aplikasinya.