Hiburan

Ray Mengundurkan Diri Dari Radio ERA Selepas 19 Tahun Berkhidmat

Ray pernah mengendalikan pelbagai segmen seperti RIUH PAGI ERA, JOHARA PAGI ERA dan PETANG ERA.

Penyampai Radio ERA, Ray atau nama sebenarnya Shah Reza Mohd Shah telah mengumumkan pengunduran diri beliau dari konti radio ERA setelah 19 tahun berkhidmat.

Walaupun menganggap keputusan ini sukar, beliau berkata masa telah tiba untuk memberi ruang dan peluang kepada generasi baru mengendalikan stesen nombor 1 di Malaysia tersebut.

Ray merupakan penyampai ERA yang paling senior telah meninggalkan keluarga besar stesen radio ERA.

Antara segmen yang pernah dikendalikan Ray termasuk RIUH PAGI ERA, JOHARA PAGI ERA dan PETANG ERA.

Pengurus Saluran ERA, Azah Sahrin berkata permulaan kerjaya Ray di Astro Radio adalah sebagai anggota Skuad ERA sebelum beliau beralih ke peranan penyampai radio yang sangat bermakna bagi dirinya.

“Ray seorang yang sangat bersahaja, penuh humor dan tidak lokek ilmu dikongsikan terutama sekali kepada penyampai radio yang baharu.

“Sering juga menjadi rujukan rakan-rakan penyampai lain agar kandungan segmen radio di ERA sentiasa dikemas kini sering dengan kehendak pendengar.

“Selain itu, Ray juga memiliki sikap pemurah kerana sering membelanja makan kepada rakan sekerja dan membantu jika berlaku kesusahan.

“Apa-apa pun saya ucapkan selamat maju jaya, terima kasih tidak terhingga kepada Ray kerana jasanya itu amat besar untuk dibalas.

“Selain itu, Astro Radio juga mempunyai sejarah membanggakan dalam melahirkan bakat luar biasa dalam industri penyiaran radio.

“Kami juga terus komited untuk bawa hiburan terbaik kepada pendengar. Teruskan setia bersama kami. Ikuti ERA dan HITZ di media sosial rasmi untuk berita terkini, kemas kini dan kandungan eksklusif,” katanya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *