Hiburan

Konsert “Sounds of Borneo” oleh MPO: Temui Artis Malaysia Timur di DFP

Konsert ini akan menampilkan persembahan pertama artis-artis dari Malaysia Timur di pentas DFP, termasuk vokalis Marsha Milan dan Velvet Aduk dari Sabah, serta pemain sape Alena Murang dari Sarawak.

Oekestra Filharmonik Malaysia (MPO) akan mengadakan konsert muzik Borneo buat pertama kalinya pada Sabtu, 7 September 2024, jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

Konsert ini menonjolkan komitmen MPO untuk menyediakan platform bagi persembahan muzik Malaysia dalam bentuk orkestra dan mempamerkan bakat anak seni tempatan dalam usaha memelihara seni budaya.

Dengan tema Sounds of Borneo, konsert ini merayakan muzik Borneo dan menghubungkan rakyat Malaysia melalui gabungan muzik MPO dan kekayaan budaya.

Sempena Hari Malaysia pada bulan September ini, konsert ini merupakan manifestasi komitmen MPO untuk memajukan muzik Malaysia melalui kepelbagaian yang ditawarkan oleh MPO serta untuk masyarakat menghargai pelbagai warisan yang kita miliki.

MPO akan dipimpin oleh Luqman Aziz, konduktor bersekutu, pengarah muzik dan penggubah untuk Orkestra RTM.

Konsert ini akan menyaksikan persembahan pertama artis-artis dari Malaysia Timur di pentas DFP: vokalis Marsha Milan dan Velvet Aduk dari Sabah serta pemain sape Alena Murang dari Sarawak.

Marsha yang berketurunan Kadazan-Dusun mempunyai pengalaman 15 tahun dalam industri muzik. Beliau adalah finalis Anugerah Juara Lagu (TV3) untuk tahun 2022 dan 2023, telah menghasilkan dua album studio dan pernah berkolaborasi dengan artis-artis terkenal.

Velvet Aduk, penyokong setia muzik tradisional Sabah telah mencipta lagu-lagu seperti Sumandak Sabah dan Oi Gaman yang telah meraih jutaan tontonan di YouTube.

Alena Murang mula mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui pelbagai kemenangan untuk muzik video dan filem etnik.

Bersama MPO dalam malam sinergi yang hebat di DFP, saksikan persembahan termasuk lagu-lagu seperti Gitu’an, Pemung Jae, Sumandak Sabah, Insan Tadau, Panaon, Aramaitii, Bejugit Betanda Menari serta lagu-lagu rakyat seperti Meno, Midang Midang, Jambatan Tamparuli, Put Burui, Datun Julud dan Puteri Santubong.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *