Hiburan

Haziq dan Shasha Gantikan Ray dan Hanif di PETANG ERA

Haziq dan Shasha dijangka dapat memberikan nafas baharu dan lebih bertenaga kepada PETANG ERA, menarik minat pendengar ERA yang berusia antara 10 hingga 29 tahun.

Gandingan penyampai radio baharu, Haziq dan Shasha diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan segmen PETANG ERA, menggantikan Ray dan Hanif yang telah bersiaran sejak kira-kira dua tahun lalu.

Haziq yang berpengalaman dalam industri penyiaran radio, diyakini akan mengendalikan segmen PETANG ERA dengan baik.

Shasha pula merupakan penyampai radio baharu yang pernah menjadi hos media digital untuk The Hardest Singing Show baru-baru ini.

Pengurus Saluran Radio ERA, Azah Sahrin berkata pemilihan Haziq adalah tepat kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penyiaran radio.

“Meskipun berehat seketika dalam dunia penyampaian radio sekitar hampir tiga tahun namun ia masa yang sesuai dilihat untuk kembali semula ke bidang diminatinya.

“Cara penyampaiannya yang bersahaja dan mudah mesra dengan pendengar antara faktor Haziq dilamar untuk menjadi sebahagian keluarga besar ERA.

“Ia sekali gus dapat membawa pengaruh dan peminatnya untuk mendorong ERA menjadi pilihan radio nombor 1 di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, katanya ERA memilih Shasha bagi segmen itu kerana dia memiliki pakej lengkap untuk diketengahkan.

“Kerjayanya bermula di ERA hanya sebagai penyampai radio sambilan namun melihat ketekunan dan semangatnya dalam industri radio membuatkan ERA memilihnya.

“Shasha juga memiliki personaliti menawan dan mudah tersenyum setiap kali berinteraksi dengan pendengar ERA.

“Gandingan Haziq dan Shasha dapat menjadikan PETANG ERA lebih segar dan bertenaga untuk menarik pendengar ERA yang berusia sekitar 10 hingga 29 tahun,” katanya.

Dengarkan PETANG ERA setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 petang hingga 8 malam dan ikuti ERA di media sosial rasmi untuk berita terkini, kemas kini dan kandungan eksklusif.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *