Hiburan

Deepika Padukone dan Ranveer Singh Bersiap Menyambut Kelahiran Bayi Sulung

Deepika dan Ranveer

Pasangan Bollywood terkenal, Deepika Padukone dan Ranveer Singh dilaporkan semakin teruja menantikan kelahiran bayi sulung mereka dan mereka sedang sibuk membuat persiapan.

Selain menyiapkan kelengkapan bayi, pasangan ini juga telah menempah kotak hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan yang akan datang melawat kelak.

Selain itu, Deepika dan Ranveer turut menyumbang kepada anak-anak lain yang memerlukan sebagai salah satu cara mereka berkongsi kegembiraan.

”Pasangan itu mahu berkongsi kegembiraan dengan semua orang dan segala persiapan menyambut bayi yang dijangka lahir pada September ini juga sudah selesai,” ujar sumber terdekat pasangan itu seperti dilaporkan Hindustan Times.

Pada masa yang sama, gambar kotak berwarna coklat dengan hiasan biru yang dipercayai ditempah oleh pasangan itu turut tersebar di media sosial.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *