
Terdapat spekulasi di kalangan netizen mengenai sebuah pasangan selebriti terkenal yang didakwa mengalami krisis rumah tangga akibat kehadiran orang ketiga.
Pasangan tersebut sebelum ini menafikan bahawa perkahwinan mereka sedang bermasalah dan menyatakan bahawa semuanya baik-baik sahaja.
Menurut sumber, seorang individu mendakwa bahawa suami kepada pelakon jelita itu dikatakan telah menjalin hubungan sulit dengan rakan baik isterinya.
Difahamkan bahawa rakan baik isterinya itu juga berperanan sebagai perunding imej bertudung kepada aktres popular tersebut. Individu berkenaan turut mendakwa bahawa hubungan sulit tersebut telah bermula sejak bulan Februari lalu.
Melihat kepada ruangan komen, ramai pengguna media sosial mula membuat pelbagai andaian dan spekulasi sendiri mengenai isu ini.
Mereka juga tidak ketinggalan menyebut nama beberapa pasangan selebriti terkenal di tanah air yang mungkin terlibat dalam cerita ini.
Spekulasi dan teori-teori yang timbul semakin hangat dibincangkan dalam kalangan netizen.