Hiburan

Amir Jahari: Ibu Bapa Perlu Peranan Dalam Kesihatan Mental Anak-anak

Menurut Amir, kekurangan ikatan terutamanya dengan ibu serta pengalaman negatif semasa awal usia boleh mempengaruhi kesihatan sosial, emosi dan perkembangan anak-anak.

Penyanyi Amir Jahari menilai bahawa media sosial merupakan platform yang boleh menyebabkan masalah kesihatan mental bagi sesetengah individu hingga menyebabkan tekanan perasaan.

Amir yang nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari, 32, berkata bahawa kekurangan ikatan, khususnya dengan ibu serta pengalaman negatif semasa awal usia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan sosial, emosi dan perkembangan anak-anak.

“Perkara ini sangat bahaya buat generasi baharu. Bagi saya Islam zaman kini hanya di kad pengenalan saja, ia adalah ilmu pengetahuan yang kita belajar tetapi tidak diamalkan. Perkara itu kerisauan dari zaman dahulu lagi.

“Ia sebenarnya berbalik kepada ibu bapa, sekiranya ibu okay pasti anak-anak okay. Belajar untuk menjadi ibu bapa.

“Saya sedar masalah ini terjadi kerana media sosial juga. Sebagai contoh, kanak-kanak hingga besar mereka perlukan perhatian. Kita hanya beri pelajaran sehingga mental mereka lemah. Jadi apabila mereka meningkat remaja, mereka akan tunjuk masalah itu ada akan timbul,” ujarnya.

Amir ditemui pada pelancaran album terbarunya, “Kembali,” di The Curve, Petaling Jaya, Selangor pada hari Rabu.

Dalam acara tersebut, penyanyi lagu hit “Hasrat” ini mengingatkan agar tidak bergantung sepenuhnya pada media sosial sebagai penyelesaian. Sebaliknya, beliau menasihati agar mendapatkan bantuan dengan berbincang dengan seseorang yang dipercayai atau menghubungi talian bantuan untuk nasihat dari pakar psikiatri.

“Bagi anak-anak yang merasa tertekan dan bertanya ‘kenapa masih begini?’, jika merasa pelik dengan diri sendiri, carilah bantuan. Hubungi Befrienders atau pergi ke hospital dengan keluarga untuk mendapatkan bantuan profesional,” katanya.

“Anda takkan dapat jawapan dari media sosial, perkara ini hanya dapat jumpa bersama psikiatri yang faham psikologi. Mereka lebih tahu bagaimana untuk mengawal diri anda dan sebagainya.

“Kita merdeka sudah 67 tahun, sistem kita masih lagi baharu berbanding negara Eropah dan sebagainya. Dalam perkara falsafah, pelajaran, kesedaran mengenai kesihatan mental kita masih lagi kebelakang. Jadi pihak kerajaan perlu lebih proaktif menangani perkara tersebut,” ujarnya lagi.

Album ketiga selepas Penghibur Jalanan serta Siang dan Malam itu mendapat sentuhan magis beberapa produser dan pemuzik tanah air.

Memuatkan 15 buah lagu – 12 lagu baharu serta tiga lagu yang dirakam semula, pelbagai genre lagu sentuhan pop-rock-folk dengan pengaruh nusantara yang turut mengangkat tema kemanusiaan serta kerohanian.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *